A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk


Soalan
PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN PENCERAIAN

Jawapan

Didalam ‘penceraian berbangkang’, kedua-dua belah pihak mungkin ingin melantik perkhidmatan peguam mereka sendiri. Manakala bagi ‘penceraian dipersetujui’, adalah biasa untuk mendapatkan perkhidmatan dari seorang peguam sahaja untuk menguruskan penceraian tersebut.

  • Didalam petisyen penceraian, anda mungkin memohon beberapa perkara termasuklah:
    a. penceraian,
    b. penjagaan anak-anak anda,
    c. hak keatas anak-anak anda,
    d. nafkah hidup isteri dan anak-anak,
    e. pembahagian harta perkahwinan,
    f. Kos guaman yang terlibat didalam prosiding penceraian anda.

  • Prosedur ‘penceraian berbangkang’, apabila si isteri yang memulakan proses penceraian:
    a. Selepas memfailkan petisyen penceraian anda dimahkamah bersama-sama dengan semua dokumen yang diperlukan, terdapat beberapa prosedur yang tertentu perlu anda ikuti. Prosedur-prosedur ini termasuklah mengemukakan satu salinan petisyen penceraian, termasuklah lain-lain dokumen yang berkaitan yang telah difailkan dimahkamah (semuanya dikenali sebagai kertas penyebab) keatas suami anda. Terdapat beberapa cara untuk mengemukakan dokumen mahkamah yang mana perlu anda patuhi.

    b. Selepas prosedur-prosedur tersebut diikuti, mahkamah akan menetapkan tarikh mendengar kes tersebut.

    c. Dengan memfailkan petisyen penceraian tersebut, anda telah pun memulakan proses penceraian. Oleh itu anda dikenali sebagai ‘petisyener’ (pemohon). Sebagai seorang ‘petisyener’, anda diperlukan hadir pada hari pendengaran kes, bersama-sama dengan peguam anda. Adalah terpulang kepada suami anda yang dikenali sebagai responden, yang mana akan diberitahu juga mengenai tarikh mendengar kes tersebut, untuk menghadirinya.

    d. Sekiranya suami anda tidak menghadiri pendengaran kes tersebut maka pihak mahkamah akan mengurniakan anda Dekri Nisi untuk bercerai diatas ketidakhadiran beliau. Mahkamah hanya akan melakukannya sekiranya mereka berpuas hati bahawa mengetahui yang suami anda telah pun diberitahu tentang tarikh pendengaran kes tersebut dan telah dikemukakan dengan kertas penyebab yang berkaitan.

    e. Sebaliknya, sekiranya suami anda menghadiri pendengaran kes tersebut, mahkamah akan meneruskan pendengaran kes anda termasuklah mendengar sebarang bukti yang diberikan oleh saksi-saksi. Sebaik sahaja kes anda telah bermula, ia mungkin akan melibatkan beberapa lagi sessi mendengar kes sebelum ia boleh diselesaikan.

  • Prosedur ‘penceraian berbangkang’, apabila si suami yang memulakan proses penceraian:
    a. Sebagai petisyener (pemohon), suami anda akan perlu melalui langkah-langkah yang sama sepertimana yang telah dinyatakan diatas (lihat ’32. PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN PENCERAIAN Prosedur ‘penceraian berbangkang’, apabila si suami yang memulakan proses penceraian’).

    b. Selepas suami anda memfailkan petisyen penceraian dan mengemukakannya kepada anda, terdapat juga prosedur-prosedur tertentu yang perlu anda ikuti sebagai seorang responden. Prosedur-prosedur ini, diantara lain-lain perkara, termasuklah memberitahu pihak mahkamah samada anda akan menghadiri sessi pendengaran tersebut untuk mempertahankan kes anda, dan mengemukakan beberapa kertas penyebab yang berkaitan keatas suami anda.

    c. Sebaik sahaja prosedur-prosedur tersebut telah anda dan suami anda ikuti, mahkamah akan menetapkan tarikh mendengar kes.

    d. Adalah penting untuk anda menghadiri sessi mendengar kes tersebut bersama-sama dengan peguam anda.

    e. mahkamah dengan itu akan meneruskan pendengaran kes tersebut.

  • Prosedur di dalam ‘penceraian dipersetujui’:
    a. Selepas memfailkan petisyen (permohonan) bersama dimahkamah beserta dengan semua dokumen-dokumen yang diperlukan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar petisyen anda.

    b. Bersama-sama dengan kehadiran peguam yang mewakili anda atau suami anda, anda berdua suami isteri adalah diharapkan untuk hadir ke sessi mendengar kes tersebut.
    Di sessi mendengar kes tersebut, sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju keatas semua syarat-syarat penceraian, maka mahkamah akan mengurniakan Dekri Nisi untuk bercerai.





E-mail This Page to Your Friend
Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.