BERKERJA DARI RUMAH: Memulakan Perniagaan

Menubuhkan Perniagaan Pendandanan Rambut di Rumah


Apabila anda telah memperolehi kemahiran mendandan rambut, anda perlu menumpukan perhatian pula kepada aspek-aspek praktikal dalam menjalankan perniagaan ini di rumah anda.

Adalah lebih baik jika anda mempunyai sebuah bilik berasingan untuk melayan pelanggan anda. Dengan cara ini, kerja anda kurang terganggu oleh hal-hal rumahtangga. Tambahan pula, ada di antara cecair penyembur dan bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan kepada ahli keluarga, terutamanya jika anda mmepunyai anak kecil atau ibu bapa yang sudah tua.

Anda perlu mengambil seorang kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja perpaipan dan pemasangan elektrik yang diperlukan di ruang bekerja anda. Sebuah alat penyaman udara HP 1.0 sudah mencukupi jika bilik anda kecil, dan keseluruhan kerja pengubahsuaian biasanya menelan belanja kira-kira RM2,500 hingga RM3,000. Pastikan bahawa peralatan elektrik yang anda beli menggunakan tenaga elektrik dengan efisyen. Oleh kerana anda akan menggunakan air yang banyak, pastikan paip tidak bocor.

Pencahayaan bilik mestilah bebas daripada silau dan seharusnya disusun dengan teliti untuk memastikan tiada bayang-bayang.

Bilik itu juga mestilah mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengelakkan bau penyembur rambut, krim meluruskan rambut dan bau-bau lain daripada terus berlegar di dalam bilik itu. Membakar lilin terapi aroma dapat membantu menyerap bau yang tidak disenangi.

Ruang lantai hendaklah cukup luas untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Sediakan sinki dengan air panas dan sejuk dan gunakannya eksklusif untuk mencuci rambut.

Pada zaman sekarang, anda perlu berhati-hati jika mahu membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah anda. Mungkin lebih baik jika anda hanya menerima pelanggan yang telah membuat temujanji terlebih dahulu, dan jika mereka adalah pelanggan baru, pastikan bahawa mereka ini telah disyorkan oleh pelanggan tetap anda. Atas sebab-sebab keselamatan, jangan terima pelanggan lelaki kecuali ahli keluarga atau rakan-rakan, terutamanya jika anda akan berseorangan dengan mereka.

Jika anda mempunyai anak kecil, mintalah ahli keluarga atau penjaga kanak-kanak untuk menjaga mereka semasa waktu anda bertugas. Jika mereka terpaksa masuk ke ruang bekerja anda, pastikan bahawa wayar atau plag berada jauh dari mereka. Anda juga harus ingat bahawa pelanggan kadang kala tidak suka gangguan semasa anda sedang mendandan rambut mereka.

Oleh kerana anda bekerja di rumah, bunyi bising dari pelbagai sumber adalah perkara biasa. Kurangkan bunyi bising ini dengan memasang muzik. Dapatkan pelbagai jenis muzik dan mainkannya mengikut citarasa pelanggan anda.

Jika anda tidak mempunyai bilik kosong di rumah atau tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengubahsuai rumah anda, anda boleh juga mendandan rambut pelanggan di tempat mereka. Walau bagaimanapun, anda perlulah ada peralatan yang boleh di bawa ke rumah pelanggan anda. Sebuah beg yang cukup kukuh adalah perlu untuk membawa alat pengering rambut, gunting, syampu dan sebagainya. Lebih baik lagi jika anda mempunyai kereta kerana agak sukar untuk membawa peralatan-peralatan ini dengan menaiki kenderaan awam.

Kebanyakan pelanggan sukakan idea panggilan ke rumah kerana mereka tidak perlu menghabiskan masa dalam perjalanan. Dalam hal ini, anda perlu juga memasukkan kos pengangkutan dalam bil perkhidmatan anda.

Pastikan ruang bekerja anda bersih selepas anda selesai bertugas. Pastikan tiada rambut yang bersepah di sekeliling. Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan pelanggan.

Membeli Peralatan
Pembekal biasanya sanggup menjual produk mereka pada harga 40 peratus kurang daripada harga runcit kepada pendandan dan tukang gunting rambut. Semak dalam halaman kuning (yellow pages) untuk mendapatkan senarai pembekal produk dandanan rambut dan buatlah perbandingan harga sebelum membuat keputusan. Persaingan pada hari ini amat banyak, menyebabkan para pembekal cuba mengalahkan satu sama lain dengan menawarkan harga istimewa.

Berikut adalah senarai produk dan peralatan yang anda perlukan jika anda merancang untuk membuka pusat pendandanan rambut di rumah:

Peralatan

Anggaran Harga Salun (RM)

Stesen pendandanan rambut lengkap dengan fabrik, cermin dan kerusi yang menepati keperluan.

460

Besen pencuci syampu yang diperbuat daripada gentian kaca

190

Kerusi syampu

150

Troli syampu

80

Pemanas air

300

Pengewap rambut

250

Pengering rambut salun turbo berkembar 1500 watt dengan muncung

200

Klip Wahl profesional

200

Pencukur Wahl kecil profesional

180

Gunting untuk menggunting rambut

150-500

Gunting dengan mata untuk menipiskan rambut

150

Gunting dengan mata untuk pemotongan gaya pelepah (Feather-cut)

55

Pembaur (diffuser) untuk alat pengering rambut

20

Berus rambut (roller, angle, vent)

500

Sikat bergigi jarang

Berus lembut

Papan pelurus

Penggulung Velcro

Batang logam kerinting rambut

Kep mewarna

Berus pencampur

Set pengering rambut boleh ubah (digunakan untuk tujuan set rambut)

150


Jika anda bercadang untuk menyediakan perkhidmatan pendandanan rambut bergerak sahaja, anda perlu membeli enam alat teratas sahaja.

Caj Perkhidmatan
Perniagaan dari rumah biasanya mengenakan caj yang rendah sedikit daripada salun kerana perbelanjaan bagi overhednya adalah kurang. Berikut adalah purata caj yang dikenakan bagi perniagaan dari rumah:

Perkhidmatan

Seremban

Kuala Lumpur

Johor Bahru

Mentakab

Kuantan

Sabah

Gunting, cuci dan kering

RM15 - RM25

RM25 - RM40

RM30 RM50

RM12 RM20

RM12 RM20

RM20 RM35

Cuci dan kering

RM8 - RM15

RM15 - RM25

RM15 RM25

RM6 RM15

RM6 RM15

RM15 RM25

Mewarna rambut

RM30 -  RM100

RM60 - RM180

RM60 RM180

RM30 -  RM100

RM30 -  RM100

RM50 -  RM180

Melurus rambut

RM50 - RM120

RM60 RM180

RM60 RM180

RM50 - RM120

RM50 - RM120

RM80 RM180

Kerinting

RM40 - RM120

RM60 RM100

RM60 RM100

RM40 -RM120

RM40 -RM120

RM60 RM180

Set rambut RM25 - RM50 RM30 - RM60 RM30 RM60 RM25 RM50 RM25 RM50 RM40 RM80
Rawatan rambut RM30 - RM50 RM40 - RM70 RM40 RM70 RM30 RM50 RM30 RM50 RM60 RM90

Andaikan bahawa anda mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan ini secara sambilan, harga yang anda kenakan hendaklah tinggi sedikit daripada yang tertera di atas kerana anda harus mengambil kira kos perjalanan dan masa tambahan yang terlibat. Kebanyakan pendandan sambilan sebenarnya mengenakan caj yang lebih tinggi daripada caj di salun biasa kerana mereka dianggap sebagai menyediakan perkhidmatan yang eksklusif dan peribadi.

Pilihan Produk
Terdapat pelbagai jenis produk yang ada bagi pendandanan rambut. Anda perlu melihat sekeliling dan memilih jenama produk apa yang anda mahu gunakan. Satu cara untuk melakukannya ialah dengan berjalan masuk ke salun yang ada untuk memeriksa sendiri apa produk yang paling popular di kalangan pelanggan dan pendandan.




This article is printed from http://www.ehomemakers.net.
The url for this article is