| PERLUKAN ORANG GAJI ATAU TIDAK?- Majoriti pekerja profesional wanita/ kaum ibu hanya tinggal dua cara untuk menangani masalah penjagaan anak mereka iaitu berhenti kerja atau memerlukan khidmat orang gaji. Dengan insiden baru-baru ini tentang orang gaji diperlakukan tidak adil yang di siarkan dalam surat khabar, ianya juga semakin bertambah dan sukar untuk dibuat pilihan oleh kaum ibu.
Kes Nirmala Bonat telah mencetuskan perdebatan hangat tentang isu orang gaji ini. Kerajaan telah mencadangkan banyak langkah proaktif untuk menangani masalah orang gaji diperlakukan tidak adil. - Ambil insuran, membenarkan majikan menukar orang gaji yang bermasalah, membuka talian hotline kepada orang gaji, memeriksa agama untuk memastikan kebenaran dan kesihatan mental orang gaji.
Apabila berlakunya orang gaji yang disalah guna, ada dua kemungkinan iaitu orang gaji yang disalah guna dan orang gaji yang menyalah gunakan kelebihan yang diberikan kepada mereka.
Dengan itu, masa semakin suntuk untuk kita mencari cara lain untuk mengharapkan orang gaji asing yang memudahkan penjagaan anak dan rumah kita. Satu cara alternatif untuk menangani masalah ini ialah dengan cara memperkenalkan 'flexy hours' di tempat kerja melalui telebekerja
Kami, di eHomemakers telah mempromosi telebekerja semenjak diasas pada tahun 1998. Idea ini juga telah dikemukakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn. Beliau percaya bahawa wanita mempunyai keinginan untuk menghabiskan banyak masa dengan keluarga semasa memajukan kebolehan mereka sebagai ahli persatuan ekonomi harus menimbang telebekerja sebagai pilihan sendiri. Telebekerja adalah salah satu pekara yang diperlukan oleh pekerja profesional wanita/ ibu yang berdepan dengan dilema sama ada berhenti kerja atau menggunakan khidmat orang gaji. |
|
|
Mari Dengar Pendapat Anda
Memiliki Atau Tidak Pembantu Rumah Adakah pembantu rumah mustahak? Ada jalan penyelesaian yang lain? Tuliskan pendapat anda di ruangan Forum
|
|
Penyatuan Pekerja Di Rumah Ramai pekerja di rumah terutama ibu dan bapa yang bekerja di rumah berasa tidak dihargai dalam masyarakat kita. Ini adalah terlalu prejudis bagi lelaki dan wanita yang memilih untuk bekerja dari rumah. Kongsi pendapat anda dalam ruangan Forum.
| |