A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

KEMBALI BUJANG: Perhubungan

Pedulikan apa yang mereka katakan tentang ibu tunggal!

by Teri Worten

Walaupun kita kini boleh dikatakan berada didalam masyarakat yang sophistikated, namun keluarga ibu tunggal sentiasa dicela dan ada anggapan yang tidak bertimbang-rasa yang mendakwa bahawa ianya tidak boleh beroperasi secara lengkap sepertimana sebuah keluarga yang mempunyai ibu dan bapa. Kebanyakan ibu tunggal mengaku betapa pencelaan seperti itu sentiasa bermain-main dikepala kita seperti suatu awan gelap yang tidak menyenangkan. Sebagai contoh, golongan lelaki menganggap kerana kita mempunyai anak-anak, kita begitu terdesak untuk mendapatkan seorang suami, pihak sekolah pula percaya yang kita beroperasi didalam keadaan yang serba kekurangan dan terdapat beberapa pihak institusi keagamaan pula telah mewujudkan satu jabatan, khas untuk golongan seperti kita.

 

Saya boleh meneruskan hidup 

Bagi sesetengah orang, keluarga kita dilihat sebagai tidak normal, tidak lengkap atau berpecah belah. Rumah kita digelar ‘porak-peranda’ dan secara tidak langsung dikaitkan dengan penghasilan anak-anak yang rosak akhlak dan bermasalah. Realiti yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila majoriti dari orang-orang yang menimbulkan kata-kata kritikan tersebut mempunyai pendedahan yang terhad kepada keluarga yang mempunyai ketua keluarga – ibu tunggal yang berjaya dan secara sempit menafsirkan hasil kajian yang ditulis oleh orang-orang yang hanya mengetahui serba sedikit sahaja mengenai kita ataupun nilai “kemanusiaan” didalam keluarga kita. Benarkan saya menjadi orang yang pertama untuk memberitahu anda bahawa disebalik pendapat-pendapat popular tersebut, kebanyakan ibu-ibu tunggal berjaya sepenuhnya didalam membesarkan anak-anak yang sihat, gembira dan berakhlak baik. Dalam kebanyakan kategori, jenis keluarga kita senantiasa cemerlang jika dibandingkan dengan keluarga yang mempunyai kedua-dua ibu dan bapa.

 

Walau bagaimanapun, bukanlah niat saya untuk mempopularkan cara hidup ibu/bapa tunggal ini sebagai suatu keadaan berkeluarga yang ideal. Satu keluarga yang mempunyai kedua ibu dan bapa sememangnya mewujudkan satu sokongan yang tidak ternilai untuk perkembangan anak-anak yang sihat.

 

Walau bagaimanapun, kisah itu tidak terhenti disitu

Keluarga kita sebaliknya mempunyai beberapa kekuatan yang tertentu dan tidak boleh dinafikan yang mana telah membolehkan kita membesarkan anak-anak yang lebih sihat dan berkembang baik dengan berkesan. Keluarga ibu tunggal kita lebih cenderung untuk mewujudkan suasana yang kurang bermasalah jika dibandingkan dengan keluarga yang mempunyai kedua-dua ibu dan bapa. Sebagai contoh, ibubapa yang tertekan dari keluarga tersebut biasanya akan lebih terdorong untuk mengekalkan kebahagian perkahwinan mereka dan dengan mudah sehingga terlupa untuk memerhatikan keperluan emosi dan perkembangan anak-anak mereka. Tambahan pula, ibu dan  bapa yang berada didalam tekanan emosi secara tidak langsung melambangkan suatu keadaan hidup berkeluarga yang tidak sihat dan tidak diingini dari kacamata anak-anak. Membesar didalam suasana yang begitu boleh mempengaruhi dan mencederakan corak kehidupan  dan perjalanan perhubungan yang terputus disepanjang generasi-generasi akan datang!

 

Sebaliknya, keluarga ibu tunggal tidak akan terjerumus kedalam kancah tersebut. Secara idealnya, kita boleh mengekalkan kestabilan dan sihat dari segi emosi didalam diri kita masing-masing tanpa perlu ditambah dengan kerisauan untuk berhubung atau menjaga perasaan pasangan kita. Pendek kata, apa yang hanya perlu kita risaukan ialah tentang diri kita sendiri! Didalam rumah kita, anak-anak tidak akan melihat sebarang pergaduhan atau menyaksikan pergelutan kuasa diantara dua orang ketua keluarga mereka.

 

Oleh kerana itu, banyak rumah-rumah ibu tunggal yang lebih lengkap bagi menyediakan atmosfera yang tenang dan menyeronokkan untuk kanak-kanak membesar, membangun dan maju. Telah dinyatakan bahawa kanak-kanak dari ibu-ibu tunggal yang sihat biasanya memperolehi kecekapan dan kemahiran hidup yang berguna yang mana telah menyediakan mereka untuk menjadi lebih produktif dan seorang dewasa yang berdikari. Dan sekiranya beroperasi dengan baik, keluarga kita juga lebih terdorong untuk lebih rapat dan bekerjasama diantara satu sama lain.

 

Tidak dinafikan lagi, struktur keluarga kita memang mempunyai bahagian halangan-halangannya yang tertentu, tetapi tidak semuanya membinasakan. Ya, secara idealnya seorang anak perlu mempunyai dua orang ibu dan bapa yang sihat dan sekata tetapi itu tidak bermakna bahawa ia sentiasa berakhir begitu. Oleh itu, kita mesti menegaskan bahagian positifnya dan terus berusaha untuk berjaya sebagai seorang ibu, berkembang kepada seorang wanita dan menghasilkan anak-anak muda yang sihat disebalik kenyataan sebagai seorang ibu tunggal dan disebalik kata-kata prejudis keatas jenis keluarga kita. Oleh itu, berdiri teguh dan terimalah kenyataan siapa diri anda dan dimana anda berada ketika anda berstatus ‘tunggal’ didalam hidup anda.

 

Teri Worten adalah seorang penulis bebas dan juga pengasas kepada majalah kontemparari online untuk ibu-ibu tunggal dan semua wanita - Gotta Be Me Girl.Com! Anda boleh melawat laman web beliau dan membaca lebih banyak artikel lagi di http://www.gottabemegirl.com atau menghantar emel kepadanya di teriworten@gottabemegirl.com

 





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.