Seorang perancang bandar ‘menemui dirinya’ dan minat sebenarnya selepas mengikuti kursus pembuatan seramik dan barang-barang tembikar.
Sebaik sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perancangan bandar, Roziati Kamal memulakan kerjayanya sebagai seorang perancang bandar di sebuah firma jurubin. Dia menghadapi masalah berurusan dengan ketua yang pemarah dan mendapati tugasnya kerap berubah-ubah daripada perancang bandar kepada pengurus pejabat dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun kerja-kerja yang menimbun merupakan suatu cabaran baginya, dia berasa tidak gembira kerana tugas-tugas yang dilakukannya tidak memerlukan dia menggunakan kemahiran dan kreativitinya dengan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi, tugas-tugasnya memerlukan dia bekerja lebih masa dan menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak perempuan kecilnya. Selepas dua tahun, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Dia ketawa apabila mengingat semula bagaimana walaupun dia tidak tahu apa yang hendak dibuatnya, dia terus sahaja membeli sebuah komputer, mesin faksimili dan menyediakan tempat bekerja yang sempurna. Dia ingin berasa bahawa dia berada dalam persekitaran pejabat. Dia menghabiskan masa terluangnya di hadapan komputer, bermain-main dengan warna dan meluahkan idea untuk lukisan batik, mereka kad dan lain-lain idea kreatif yang berpotensi. Katanya, dia merasa seperti seorang yang hilang arah dan mengambil keputusan untuk mengikuti kursus pendek dalam pembuatan seramik dan barang-barang tembikar. Tanpa disedarinya, itu merupakan langkah yang akan mengorak masa depannya dengan implikasi yang serius dalam kehidupan keluarganya.
Dia mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang ini dan belajar dengan bersungguh-sungguh demi memuaskan daya kreativitinya. Dalam jangka waktu itu, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Suatu hari, seorang pembekal barang-barang seramik telah datang ke kelasnya dan meminta mereka mencipta idea-idea baru dan rekabentuk moden bagi barang-barang seramiknya. Roziati merupakan salah seorang peserta kelas yang bermotivasi untuk menerima cabaran itu.
Apabila rekaannya diterima oleh pembekal tersebut, dia sungguh gembira. Dia juga menerima tempahan bernilai RM2,000 bagi mengeluarkan rekaannya itu.
Walaupun kursus yang diikutinya masih belum tamat, dia menerima tempahan itu dan mula menjalankan kerja-kerjanya. Dia membuat kebanyakan kerja-kerjanya di rumah dengan mengubahsuai satu kawasan di rumahnya kepada ruang bekerja. Setelah selesai membuat bentuknya, dia membawa hasil kerjanya ke pusat kraf seramik di mana dia belajar untuk dibakar dan digilap. Ini merupakan proses terakhir dalam pembuatan barang-barang seramik. Dia bernasib baik kerana mendapat kerjasama dari pihak pusat kraf tersebut untuk menggunakan kemudahan mereka, terutamanya dalam proses membakar, memanas dan menggilap produk yang telah siap. Dia mengaku bahawa pada ketika itu dia serba salah sama ada mahu membuat kerja dengan baik atau meluangkan lebih masa bersama anak perempuannya.
Lantaran itu, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kursus seramiknya dan mula bergiat dalam bidang perniagaan. Masih lagi gembira dengan kejayaannya dalam tugasannya yang pertama, dia begitu yakin bahawa dia boleh belajar sendiri perkara-perkara lain yang perlu diketahuinya. Lebih-lebih lagi, dia merasakan bahawa dia mempunyai sesuatu yang boleh dibuktikan kepada mereka yang sering memberitahunya bahawa bergiat dalam perniagaan seramik bukanlah satu idea yang baik dan peluangnya untuk berjaya sangatlah tipis.
Dia masih ingat, walaupun dia tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana menguruskan perniagaan, dia begitu bersemangat untuk berjaya. Nasibnya baik kerana mempunyai seorang suami yang banyak memberikannya sokongan.
Dia bermula dengan menghasilkan tiga rekaan asas sebagai prototaip. Dengan bantuan seorang rakannya yang merupakan seorang artis susun atur profesional, dia kemudiannya mengeluarkan risalah yang memaparkan rekaan-rekaannya dalam ilustrasi berwarna-warni. Risalah-risalah ini kemudiannya disebarkannya sendiri kepada bakal-bakal pelanggan. Mereka ini kebanyakannya adalah syarikat rekaan dalaman di sekitar bandaraya, syarikat jurubina bangunan dan bilik-bilik pameran perabot.
Di rumah, ruang tamu rumahnya telah diubahsuai menjadi ruang bekerja. Meja makan juga dijadikan sebagai meja kerja. Membuat barang tembikar adalah suatu kerja yang menyemakkan, dan dia menghabiskan banyak masa untuk mengemas setiap kali habis bekerja. Dia juga terpaksa menangani isu penting mengenai keselamatan dan penjagaan anak perempuannya yang ketika itu baru berumur satu tahun. Sebagai seorang kanak-kanak yang cergas dan suka mengambil tahu, anak kecilnya ini sentiasa ingin tahu tentang apa yang dilakukan oleh Roziati, dan gemar pula bermain dengan tanah liat yang basah dan lembik.
Keselamatan dan kebajikan anaknya adalah perkara yang paling penting, oleh itu Roziati mengambil keputusan bahawa jalan terbaik ialah dengan menghantar anaknya ke pusat penjagaan kanak-kanak di mana dia akan selamat dan mendapat perhatian dan penjagaan yang mencukupi. Ini bukanlah satu keputusan yang mudah, tetapi merupakan sesuatu yang terpaksa dilakukannya demi kebaikan anaknya itu.
Dia masih ingat bagaimana segala-galanya berjalan dengan pantas dan dia begitu gembira dengan apa yang berlaku dalam hidupnya ketika itu. Pada masa yang sama, dia juga rasa bersalah kerana terpaksa meletakkan anaknya di bawah jagaan orang lain semasa dia sibuk menguruskan perniagaannya yang masih baru itu. Tetapi dia cuba melupakan perasaan bersalah itu dengan memikirkan tentang masa depan di mana semuanya itu akan berakhir dan dia akan bebas untuk meluangkan masa bersama anaknya.
Setelah masalah penjagaan anaknya selesai, dia menumpukan sepenuh tenaganya kepada perkembangan perniagaannya. Titik peluhnya itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia menerima tempahan daripada sebuah bilik pameran bagi produk berjumlah RM120,000. Tempahan daripada pelanggan-pelanggan yang berpuas hati dengan hasil kerjanya memberikannya pendapatan yang stabil selama beberapa tahun. Ini juga memberikannya reputasi yang baik dalam industri ini dan justeru itu meyakinkan pelanggan-pelanggan baru terhadap kualiti kerjanya.
Apabila situasi kewangannya bertambah baik, dia dapat mengalihkan operasinya ke tempat lain, iaitu di halaman rumah seorang rakannya. Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu penyelesaian yang terbaik kerana kemudahan yang ada tidak mencukupi. Seorang rakan yang lain pula datang membantu dengan menawarkan kepada Roziati untuk menggunakan bangsal di rumahnya sebagai bengkel. Dia juga dapat menggunakan kemudahan tempat membakar bagi rekaan-rekaannya di dua pusat kraf di mana dia memulakan kerjayanya dalam bidang seramik ini. Pusat ini berada di Subang dan di Bukit Damansara di Kuala Lumpur. Walaupun ini melibatkan perjalanan, dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu. Dia menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut selama lebih kurang setahun, tetapi kemudian mengambil keputusan untuk berpindah kerana dia tidak puas hati dengan pemiliknya.
Nasibnya baik, tidak lama selepas itu seorang ahli keluarga telah menawarkan dia menggunakan kemudahan ruang penyimpanan yang dimilikinya di Ipoh. Roziati mengambil keputusan untuk memindahkan operasinya serta keluarganya ke sana kerana kawasan yang disewanya itu cukup besar untuk menampung kesemua keperluannya. Ini kelihatan seperti jalan yang terbaik kerana dia tidak perlu lagi berulang-alik dari kawasan produksi ke tempat membakar, dan dengan itu memberikannya lebih masa untuk diluangkan bersama anaknya yang sedang membesar. Malangnya, ia bukanlah semudah yang disangka.
Perpindahannya dari Kuala Lumpur ke Ipoh merupakan detik permulaan bagi sebuah kehidupan yang sunyi dan bersendiri. Suaminya yang pada mulanya berharap untuk ditukarkan ke Alor Setar, yang mana tidak begitu jauh dari Ipoh, sebaliknya ditawarkan sebuah projek di Melaka. Dengan itu, beliau terpaksa berulang-alik di antara Melaka dan Ipoh. Roziati juga terpaksa berjalan jauh. Dia sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk membuat tugas pemasaran. Bukan sahaja dia terpaksa bertanggungjawab menjaga anaknya seorang diri, tetapi dia juga terpaksa meninggalkan anaknya di bawah jagaan ibunya semasa dia bertugas di Kuala Lumpur. Ini bukanlah jalan penyelesaian yang diharap-harapkannya!
Selepas lebih kurang dua tahun hidup dalam kesunyian, dia mengambil keputusan untuk berpindah semula ke Kuala Lumpur demi menjaga kerukunan rumahtangganya. Dia meninggalkan fasiliti produksinya di Ipoh di bawah jagaan para pekerjanya yang terlatih.
Kini dia telah tinggal di Kuala Lumpur selama lapan tahun. Dia gembira di sini kerana dia tidak perlu lagi sering meninggalkan anaknya di bawah jagaan orang lain. Dia dapat menumpukan perhatian dan meluangkan masa untuk menjaga anaknya, dan dalam masa yang sama menguruskan perniagaannya dari jauh.
Perniagaannya terus berkembang, walaupun dia menghadapi masalah semasa kegawatan ekonomi pada akhir 90an dahulu, di mana situasi tersebut telah memberi kesan buruk terhadap sektor jualan runcit.
Kebanyakan jualannya hari ini datang daripada sektor perabot dan kraftangan, dan kebanyakannya melalui sebaran mulut ke mulut, pengesyoran dari pelanggan sedia ada dan daripada mereka yang telah datang melihat sendiri rekaannya di bilik pameran sekitar bandaraya. Dia juga sering menghantar surat dan risalah ke hotel-hotel, restoran dan tempat-tempat lain yang mungkin berminat membeli produk-produknya, terutamanya hotel-hotel baru dan mereka yang dalam proses mengubahsui premis mereka.
Bilik pamerannya di Pusat Pelancongan Malaysa (MTC) di Jalan Ampang telah menarik ramai pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat, sama ada tempatan mahupun asing. Jenis-jenis produknya juga telah bertambah. Dia mereka bekas bunga, kaki lampu dan produk-produk lain bagi pelancong-pelancong dan pasaran korporat, termasuk bingkai gambar, kaki bekas bunga telur bagi majlis perkahwinan dan segala-galanya yang berkaitan seramik, kecuali lantai seramik!
Dalam pada itu dia telah berjaya mengekalkan tahap produksi, menjaga kebajikan para pekerjanya dan apa yang lebih penting baginya ialah mengeratkan hubungan keluarganya.
Penglibatannya dalam bidang keusahawanan merupakan satu proses pembelajaran yang panjang. Pada awal penglibatannya, dia terpaksa menguruskan kesemua aspek perniagaan, dan ini begitu meletihkan.
Dia masih lagi ingat bagaimana dia memandu kereta yang sarat dengan tanah liat di sekitar bandaraya, dan seringkali bertungkus-lumus mencari idea bagi rekaan-rekaan baru, di samping menguruskan lain-lain aspek perniagaannya. Syukurlah, apabila perniagaannya meningkat maju, dia mampu mengambil beberapa orang pembantu. Salah seorang daripada pembantu utamanya ialah adik iparnya yang telah mengambil alih tugas-tugas yang rumit dan terperinci dalam pengurusan perniagaannya. Ini membolehkan dia menumpukan perhatian kepada aspek kreativiti, di samping meluangkan lebih masa dengan anaknya.
Hari ini, peranannya lebih kepada bidang pengurusan. Di samping mengawasi aspek pentadbiran, rekaan-rekaan barunya hanya perlu dihantar melalui faksimili ke kilangnya di Ipoh. Kilangnya di sana diuruskan sepenuhnya oleh pekerja-pekerjanya yang terlatih. Pekerja produksinya kini mengandungi lima orang pekerja yang berpengalaman dan telah bekerja dengannya hampir sejak dari mula lagi. Walaupun dia menerima banyak tempahan, tidak kesemua diterimanya. Dia mahu memastikan produksinya sentiasa tetap dan berterusan dan tidak berkembang terlalu besar dengan begitu cepat. Dia berpuas hati dengan saiz perniagaannya sekarang ini, yang mana ia tidak begitu membebankan dan memberikannya lebih masa untuk keluarganya.
Anak-anaknya faham dan berbangga dengan kejayaan ibu mereka ini. Mereka berbangga memberitahu kawan-kawan mereka bahawa ibu mereka ialah ‘Bos’ dan sering mencontohinya dalam apa juga perkara.
Dia benar-benar telah mencapai kejayaan besar, daripada seorang novis dalam dunia perniagaan kepada seorang usahawan yang berjaya, dan mampu mengimbangkan aktiviti perniagaan dan kehidupan berkeluarga dengan efektif. Sepertimana kata Roziati, jika anda mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu, anda mesti bekerja keras untuk mendapatkannya, dan anda akan berjaya. Jangan sekali-kali dengar kata-kata orang lain yang mengatakan anda tidak boleh melakukannya!