A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

BERKERJA DARI RUMAH: Memulakan Perniagaan

Keamanan


Sekiranya anda bangun pagi tadi dalam keadaan lebih sihat daripada sakit … anda lebih bertuah daripada jutaan orang yang tidak akan hidup melewati minggu ini.

Sekiranya anda tidak pernah mengalami bahaya peperangan, kesunyian dalam penjara, seksa penderaan, atau derita kebuluran … nasib anda lebih baik daripada 500 juta orang di dunia.

Sekiranya anda boleh menghadiri perjumpaan gereja tanpa ketakutan akan diganggu, ditangkap, diseksa, atau mati … anda adalah lebih beruntung daripada tiga bilion orang di dunia.

Sekiranya peti sejuk anda berisi makanan, tubuh anda berpakaian, anda mempunyai bumbung di atas kepala dan tempat tidur … anda lebih mewah daripada 75% manusia di dunia.

Sekiranya anda mempunyai wang di dalam bank, di dalam dompet, dan duit kecil tersimpan di mana-mana … anda di kalangan 8% orang terkaya di dunia.

Sekiranya ibu bapa anda masih hidup dan masih berkahwin … orang seperti anda jarang ditemui, meskipun di Amerika Syarikat.

Sekiranya anda tersenyum dengan yakin dan berpuas hati, dan benar-benar bersyukur … anda diberkati kerana kebanyakan orang BOLEH, namun sebahagian besarnya TIDAK.

Sekiranya anda dapat memegang tangan seseorang, memeluknya mahupun menyentuh bahunya … anda dirahmati kerana berupaya menghulurkan sentuhan penyembuh.

Sekiranya anda boleh membaca pesanan ini, anda baru sahaja menerima rahmat berganda kerana seorang sedang mengingati anda, dan, anda lebih bertuah daripada lebih dua bilion orang di dunia yang buta huruf.

Bergembiralah hari ini, bersyukurlah di atas nikmat yang melimpahi anda.




E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2010. Semua hak terpelihara.