A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

BERKERJA DARI RUMAH: Memulakan Perniagaan

Awak Nak Buat Apa?

by Pat Katepoo

Senarai Perkara Bagi Mendapatkan Sokongan Pasangan Dalam Perbincangan Untuk Bekerja Separuh Masa

Oh, tidak. Ada tanda-tanda pasangan anda tidak gembira dengan keputusan anda untuk mengurangkan masa bekerja, dan oleh itu membawa pulang pendapatan yang kurang?


Sebagai rakan kongsi dalam perkahwinan, keputusan anda untuk berubah kepada kerja separuh masa tidak seharusnya dibuat sendiri. Sebagaimana dengan ketua anda, ada beberapa perkara yang anda perlu yakinkan.

Tetapi, sekurang-kurangnya anda mempunyai kelebihan kerana ada intimasi dan boleh berbincang panjang.

Adalah penting bagi anda memberikan pasangan anda peluang untuk meluahkan pendapat peribadi, kebimbangan dan idea-ideanya mengenai rancangan anda. Proses komunikasi ini boleh membantu anda membina sokongan dan persetujuan yang anda perlukan untuk berjaya. 

Gunakanlah senarai ini sebagai panduan untuk anda berbincang dengan pasangan anda: 

  •  Kita telah berbincang bagaimana kualiti kehidupan keluarga kita dipengaruhi oleh gaya hidup kita yang sibuk/mahal.

  • Kita telah berbincang tentang apa yang kita hendak ubah dalam situasi terkini.

  • Kita telah berbincang tentang perasaan kita mengenai nilai-nilai kekeluargaan dan cara hidup yang kita mahu bagi keluarga kita.

  • Kita telah berbincang tentang sasaran dan peranan masing-masing dalam merealisasikan visi tersebut bagi kehidupan keluarga kita.

  • Saya telah memberitahu pasangan saya bahawa saya merasakan dengan saya bekerja lebih pendek masa di luar rumah akan mempertingkatkan kehidupan keluarga/rumahtangga kami.

  •  Saya telah memberitahu pasangan saya mengenai WorkOptions.com sebagai sumber bagi membantu kami mencapai sasaran keluarga.

  •  Kami telah berbincang tentang pertukaran nilai-nilai yang mungkin perlu dilakukan apabila kami membuat penyesuaian kewangan.

  •  Kami telah berbincang bagaimana hendak menangani pertukaran kuasa yang mungkin berlaku apabila salah seorang daripada kami membawa pulang pendapatan yang kurang.

  •  Kami telah merumuskan satu belanjawan rumahtangga dan pelan perbelanjaan yang dipersetujui oleh kami berdua.

  •  Kami telah berbincang sama ada pasangan saya mungkin merasa lebih tertekan kerana dia seorang sahaja yang bekerja sepenuh masa dan bagaimana kami akan menangani masalah ini.

  •  Kami telah berbincang tentang kebaikan dan manfaat yang akan diperolehi apabila saya mengurangkan waktu bekerja saya.

  •  Kami telah berbincang selama mana saya menjangkakan mempunyai jadual kerja yang berubah.

  •  Kami telah berbincang bagaimana keadaan kewangan jangka panjang dan sasaran professional kami mungkin akan terjejas dengan perubahan ini.

  •  Kami telah berbincang mengenai rancangan masa depan bagi menambah ahli keluarga dan bagaimana kami akan menyesuaikannya dengan situasi tersebut.

  •  Kami telah berbincang tentang harapan dan perubahan yang berkaitan dengan tugas-tugas rumahtangga (contohnya kerja-kerja rumah, penjagaan anak, pembayaran bil dan sebagainya).

  •  Saya telah menyiapkan kertas cadangan kerja fleksibel dan telah menunjukkannya kepada pasangan saya sebagai satu cara saya membuktikan bahawa saya telah membuat perancangan kerja dengan teliti.

  •  Untuk mencapai kata sepakat, kami telah membuat beberapa pengubahsuaian kepada pelan saya berdasarkan perbincangan kami.

  •  Kami telah membuat jadual masa berdasarkan pelan tersebut dan telah dipersetujui kedua-dua pihak.

  •  Kami berdua komited untuk melakukan yang terbaik untuk menjayakan pelan dan kertas cadangan tersebut.

 Sepertimana sasaran lain, sokongan bersama antara pasangan dalam perkahwinan boleh membantu menjayakan sesebuah perancangan kerja yang fleksibel.

Pat Katepoo ialah pengasas WorkOptions.com dan pereka buku kerja digital, Flex Success, satu bluprint cadangan dan panduan strategi bagi mendapatkan susunan kerja yang fleksibel.





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.