A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

KESIHATAN / KESELAMATAN: Makanan Berkhasiat

Isu Kebersihan Makanan dan Sanitasi

by Jurnal Pengguna Malaysia December 2002 Jilid 4

Dalam keghairahan pengusaha premis makanan mengaut keuntungan, kebanyakan daripada mereka cuai dalam penjagaan kebersihan dan sanitasi semasa mengendalikan premis makanan menyebabkan kejadian keracunan makanan.

Ini boleh menyebabkan pengguna memakan makanan yang mengandungi bakteria yang menghasilkan toksin yang akan bertindakbalas atau mengganggu sistem penghadaman. Di samping itu keracunan makanan juga boleh berpunca daripada penggunaan bahan awet yang tidak dibenarkan atau penggunaannya yang melebihi had yang dibenarkan.

Bahan pengawet yang tidak dapat pengesahan penggunaannya boleh membahayakan kesihatan pengguna dalam jangkamasa pendek seperti menunjukkan simptom cirit-birit dan muntah. Manakala kesan jangkamasa panjang pula boleh menjadi faktor penyumbang kepada kejadian kecacatan  atau barah. Sebagai contoh, kes keracunan disebabkan oleh Loh Si Fan atau Mee Tikus telah mengorbankan seramai 13 orang yang berlaku pada 15 Oktober 1989 di Kampar, Teluk Intan, Tanjung Tualang dan Batu Gajah Perak. Kejadian ini berpunca akibat kecuaian oleh pengeluar makanan tersebut.

Pemeriksaan premis makanan oleh pihak berwajib menunjukkan bahawa ramai pengendali makanan tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Ming, daripada dua juta pengusaha makanan, hanya seramai 108,400 (5.4%) telah menjalani latihan dalam program keselamatan makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 1996 (New Straits Times, 2002). Unit Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan telah menutup premis makanan sebanyak 2,630 pada tahun 2000 dan anggaran 2,000 pada tahun 2001 atas pelbagai kesalahan (New Straits Times, 2002).

 

Sepanjang 5,047 pergantungan lesen dilakukan pada tahun 1998 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 3,190 pada tahun 1999 (Kementerian Kesihatan Malaysia). Pada tahun 2001, sejumlah 7,137 kes keracunan makanan telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan di seluruh negara dengan dua kes kematian. Satu kes kematian dilaporkan di Johor dan satu lagi di Selangor. Walaubagaimanapun kes keracunan makanan ini telah menurun sebanyak 12% jika dibandingkan dengan kes yang dilaporkan pada tahun 2000 yang berjumlah 8,129 kes. Taburan kes keracunan tahun 2001 terdapat dalam Jadual 1.

Pengendali-pengendali makanan merupakan satu sumber utama yang menyebabkan kejadian keracunan makanan. Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami demam, mengidap cirit-birit, batuk dan kudis boleh memindahkan penyakit secara langsung atau tidak langsung sama ada melalui udara dan sentuhan.

 

Jadual 1: Kes Keracunan Makanan Mengikut Negeri Tahun 2001

 

Negeri

Bilangan Kes

Sabah

467

Sarawak

503

Perlis

9

Kedah

616

Pulau Pinang

95

Perak

306

Selangor

539

Wilayah Persekutuan

57

Negeri Sembilan

159

Melaka

345

Johor

1,926

Pahang

612

Terengganu

566

Kelantan

937

Jumlah

7,137

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 (Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001)

 

Masalah keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan boleh diatasi dengan mewujudkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau kebersihan makanan dan sanitasi, pengusaha-pengusaha makanan dan pengguna.

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab diharapkan dapat mempergiatkan pemantauan dari masa ke semasa untuk menentukan tahap kebersihan dan sanitasi di premis menjual makanan dan restoran. Tindakan yang tegas diharapkan dapat diambil terhadap gerai makanan dan restoran yang didapati kotor dan tidak mematuhi garis panduan mengenai kebersihan makanan dan sanitasi yang telah ditetapkan. Sebagai pengusaha pula, mereka perlu memastikan amalan kebersihan dan sanitasi sentiasa dipatuhi. Pengusaha harus bekerjasama dan mengambil bahagian yang aktif dalam usaha kerajaan untuk memenuhi kehendak-kehendak perundangan.

Tindakan pengusaha makanan yang cuai dan leka akan memberi kesan terhadap kesihatan pengguna seperti keracunan dan kematian. Disamping itu, pengguna pula perlu sentiasa meningkatkan tahap pengetahuan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kebersihan makanan dan sanitasi. Pengguna diharapkan tidak mengambil mudah terhadap kebersihan makanan yang dibeli dari premis makanan atau restoran.

 

Garis Panduan Tahap Kebersihan dan Sanitasi di Premis Menjual Makanan.

 

Premis menjual makanan yang kotor, dipenuhi dengan sampah sarap dan menggunakan perkakas yang tidak bersih merupakan punca pembiakan kuman di samping menggalakkan pembiakan lipas, lalat dan tikus. Makanan yang disediakan dalam keadaan yang kotor merupakan punca kepada berlakunya kejadian keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan seperti penyakit taun dan kepialu. Garis panduan kebersihan dan sanitasi ini dapat melindungi pengguna daripada risiko keracunan makanan serta menyampaikan maklumat kepada pengendali makanan supaya dapat meningkatkan mutu kebersihan premis makanan.

 

Keracunan makanan ditakrifkan sebagai penyakit yang berlaku selepas makan makanan yang tercemar akibat jumlah bakteria atau jumlah toksin yang dikeluarkan oleh bakteria dan bahan kimia yang terkandung di dalam makanan yang boleh menyebabkan kes kematian. Antara simptom-simptom keracunan makanan memulas perut, sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah, demam dan kesejukan dan maut. Faktor-faktor yang menyebabkan keracunan makanan adalah seperti:

  • Makanan yang telah disediakan terlalu lama dan disimpan pada suhu bilik.

  • Menyejukkan makanan panas terlalu lama sebelum disimpan di dalam peti sejuk.  Tidak memanaskan makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh bakteria. 

  • Memakan makanan yang telah dimasak tetapi telah dicemari oleh bakteria.

  • Makanan tidak dimasak dengan suhu yang cukup tinggi.

  • Pencairan makanan sejuk beku tidak sepenuhnya.

  • Pengendali makanan yang mengidap penyakit.

  • Persentuhan antara makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak.

Rujukan

 

Cotton, J.R. and Blundell, J.E. 1994. Dietary Fat, Food Habits and Appetite. Nutrition and Food Science.  6:4-9.

 

Drewnowski, A. 1997. Why Do We Like Fat?. Journal of American Dietetic Association. 97:S 58.

 

Dunford, N.T. 2001. Health Benefits and Processing of Lipid-base Nutritionals. Food Technology.  55(11):38-44.

 

Gibson, J., Armstrong G. and Mcllveen, H. 2000. A ase for reducing Salt in Processed Foods. Nutrition and Food Science. 30(4):164-173.

 

Hamilton, J., Knox, B., Hill, D. and Parn, D. 2000. Reduced Fat Products: Consumer Perception and Preferences. British Food Journal. 102(7):494-506.

 

I.F.S.T. 1990. Salt. IFST Current Hot Topics.

 

I.F.T. Research Needs Report. 2001. Diet and Health Research Needs. Food Technology. 55(5):189-191.

 

Ismail, M.N., Zawiah, H., Chee, S.S. and Ng, K.K. 1995. Prevalence of Obesity and Chronic Energy Deficiency (CED) in Adult Malaysians. Malaysian Journal of Nutrition. 1(1):1-10.

 

Leeds, M.J. 2000. Nutrition for Healthy Living. Hlm 250-254. New York: McGraw-Hill Co.

 

Leong T.B. 2000. Nutrition Labeling Regulations and Education Local Industry Perspective. Kertas kerja pada National Seminar on Nutritional Labelling Regulations and Education. Kuala Lumpur.

 

Lichtenstein, A.H., Kennedy, E. and Barrier, P. 1998. Dietary Fat Consumption and Health. Nutrition Reviews. 56(5):3-19.

 

Lloyd, H.M., Pcrisley, C.M. and Mela, D.J. 1995. Barriers to the Adoption of Reduced Fat Diets in A UK Population. Journal of American Dietetic Association. 95:361-373.

 

Mannar, M.G.V. and Dunn, J.T. 1995. Consumption and Uses of Salt. Online: http://www.people.virginia.edu/~jtd/iccidd/iodman/iodman4.htm (17Julai 2002).

 

Mazis, M.B. and Raymond, M.A. 1997. Consumer Perception of Health in Advertisements and On Food Labels. Journal of Consumer Affairs. 31(1):10-17.

 

Mela, D.J. 1994. The Intake and Acceptance of Fat in Diet. Nutrition and Food Science. 3:19-21.

 

Norhasmah, S. 1999. Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular di Kalangan Orang Dewasa Melayu di Rumah Pangsa Sri Petaling, Bangsar, Kuala Lumpur. Tesis M.S. Universiti Putra Malaysia.

 

Porter, D., Kris-Etherton, P. and Borra, S. 1998. Educating Consumers Regarding Choices for Fat Reduction. Nutrition Reviews. 56(5):S75-91.

 

Pszczola, D.E. 2000. Putting Fat Back Into Foods. Food Technology 54(12):58-63.

 

Sanders, J. 1997. The INTERSALT Study, Background, Methods, Finding and Implications. The American Journal of Clinical Nutrition. 65:626-642.

 

Stare, F.J. and Mc Williams, M. 1990. Pemakanan Untuk Hidup. (Terjemahan) Ed. Ke-4. hlm 312-317. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

 

Williams, C. 1991. Consumer Considerations in Reduced Fat Food. Dlm. Mela, D.J. (pynt). Dietary fats-determinants of preference selection and consumption. Hlm, 179-191. London:Elsevier Applied Science.

 

Wiseman, J. 1994. Beliefs About Food Components, Fat and Heart Disease in New Zealand. British Food Journal. 96(11):114-119.

 





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.