A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

KEMBALI BUJANG: Pelan Kewangan

Selangkah Ke Arah Perancangan Kewangan 1

by Carolyn Leng

Apakah Perancangan Kewangan?
Perancangan kewangan yang baik menumpukan perhatian kepada
lima perkara dalam pengurusan kewangan iaitu:

  • Perancangan Insurans
  • Perancangan Cukai
  • Perancangan Selepas Bersara
  • Perancangan Harta Tanah
  • Perancangan Pelaburan

Sebelum mengorak langkah dalam perancangan kewangan, ada beberapa konsep asas yang perlu difahami. Anda perlu memahami kesan inflasi, konsep pempelbagaian dan pemurataan kos pelaburan.

Apakah Kesan Inflasi?
Andaikan anda mempunyai RM10,000. Di bawah ini terdapat carta menunjukkan apa yang berlaku terhadap wang RM10,000 milik anda itu, dengan kadar inflasi yang berbeza-beza antara 2-10%.


Kadar Inflasi (%)

10 tahun

15 tahun

20 tahun

2

8,203

7,430

6,370

4

6,755

5,552

4,563

6

5,583

4,172

3,118

8

4,631

3,152

2,145

10

3,855

2,394

1,486

Oleh sebab itu, jika tabungan anda tidak berkembang melalui pelaburan yang dipilih secara teliti, wang RM10,000 anda itu akan dikikis oleh inflasi, dan hanya bernilai RM4,563 selepas 20 tahun pada kadar inflasi sebanyak 4%.

Pempelbagaian

 

Terdapat pelbagai pilihan pelaburan seperti saham, harta tanah, bon atau sekadar menyimpan wang dalam deposit tetap di bank. Pempelbagaian bermakna tidak meletakkan semua wang anda dalam satu pelaburan sahaja tetapi melaburkannya dalam pelbagai jenis aset. Walau bagaimanapun, pempelbagaian tidak perlu jika anda dapat memilih aset yang mempunyai prestasi terbaik dalam sebarang tempoh masa, dan anda menukar portfolio anda mengikut kesesuaian.

 

Ingatlah bahawa kemungkinan mendapat pulangan tinggi sentiasa seiring dengan kemungkinan menghadapi risiko tinggi.

 

Carolyn ialah Penolong Pengarah di Commerce International Merchant Bankers Berhad. Artikel ini ialah sedutan daripada pembentangan kertas kerja beliau di seminar Perancangan Kewangan Peribadi untuk Wanita Malaysia anjuran SIDC pada 9 Ogos 2002

 

Sumber Dari www.min.com.my





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.