A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

KEMBALI BUJANG: Pelan Kewangan

Celik Kewangan Bagi Wanita 2

by Grace Kang

Di manakah wanita boleh mendapat maklumat dan bantuan?
Maklumat boleh didapati secara bebas daripada akhbar, televisyen dan media lain. Tumpukan kepada sumber maklumat yang secara tradisionalnya dihormati, yang turut merangkumi buku dan majalah kewangan. Hadiri seminar dan bengkel untuk pembelajaran yang lebih interaktif.

Dapatkan nasihat daripada institusi kewangan

  • Bank menawarkan pelaburan tradisional dan menyediakan maklumat pendidikan mengenai produk dan perkhidmatan baru. Sistem perbankan persendirian menyediakan khidmat nasihat kewangan mengikut kehendak pelanggan.
  • Broker saham membeli dan menjual sekuriti seperti saham, bon dan unit amanah. Mereka menyediakan bahan-bahan penyelidikan dan maklumat lain yang berkaitan.
  • Pengurus dana dan penasihat bebas menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan bahan-bahan penyelidikan yang boleh membantu dalam membuat keputusan.


Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan

  • Akauntan menyediakan perkhidmatan perakaunan, nasihat kewangan dan nasihat mengenai perkara yang berkaitan dengan cukai.
  • Perancang harta menyediakan khidmat nasihat perancangan harta, duti harta pusaka, dan strategi pengurusan aset apabila berlaku kematian.
  • Perancang kewangan menyediakan khidmat nasihat mengenai perancangan kewangan.
  • Ejen insurans menyediakan khidmat nasihat mengenai semua perkara berkaitan perancangan insurans dan pengurusan risiko. Mereka juga menjual produk insurans.
  • Penasihat pelaburan menyediakan khidmat nasihat bagi perkara-perkara berkaitan pelaburan berasaskan sekuriti tetapi tidak dibenarkan menjual sekuriti.
  • Ejen cukai menyediakan khidmat nasihat bagi perkara-perkara berkaitan dengan cukai dan boleh membantu menyediakan dan menghantar borang cukai.

Sumber Dari www.min.com.my





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.