Dalam Bahagian 1 artikel ini, anda belajar cara untuk mengira pendapatan tahunan yang anda perlukan bagi perbelanjaan apabila bersara nanti dengan mengambil kira inflasi. Bahagian kedua dan akhir artikel ini pula menerangkan cara untuk mengira jumlah dana yang diperlukan dan berapa banyak tabungan yang diperlukan setiap tahun supaya dapat mencapai matlamat tabungan untuk persaraan anda.
Mengira jumlah dana yang diperlukan ketika bersara
Setelah anda memastikan pendapatan yang diperlukan selepas disesuaikan dengan inflasi, seterusnya anda perlu pula menentukan jumlah keseluruhan tabungan yang diperlukan.
Anggap bahawa kadar purata pulangan (bagi pelaburan) untuk 25 tahun seterusnya sehingga persaraan ialah 8%. Oleh itu, kadar ‘sebenar’ pulangan daripada tabungan anda (ditetapkan bahawa inflasi ialah 5%) ialah 3% (iaitu 8% tolak 5%).
Dalam contoh sebelum ini, pendapatan bersara yang disesuaikan dengan inflasi bagi Jamil ialah RM387,011 setahun (ditentukan dalam Langkah 3), jumlah tabungan yang dia perlukan dikira seperti berikut:
PVA = RM387,000 x PVIFA (25 tahun, 3%)
= R387,000 x 17.413
= RM6,738,831
PVA = Nilai kini anuiti;
PVIFA = Nilai kini faktor faedah anuiti (lihat Jadual 2).
Oleh itu, jumlah tabungan yang diperlukan apabila dia bersara, 24 tahun daripada hari ini ialah hampir RM6,738,831.
Chris Gan ialah ahli Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)dan Pengarah Eksekutif S-Eleven Systems Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam pembinaan perisian khusus perancangan kewangan, dan memberikan khidmat runding cara yang strategik dan bebas kepada industri perancangan kewangan.
Sumber Dari www.min.com.my