Satu daripada kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana ialah membuat andaian bahawa untung bersih adalah sama dengan tunai. Ini tidak benar. Cara terbaik untuk menentukan banyak mana tunai yang ada pada sesebuah syarikat dan urus niaga yang mana satu yang menggunakan tunai pada masa-masa tertentu ialah dengan melihat bajet tunai syarikat. Bajet ini melaporkan peristiwa yang menyebabkan aliran masuk dan keluar bagi sesuatu tempoh fiskal.
Peranan pengurusan tunai bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana ada lima, seperti yang disenaraikan di bawah:
Peranan 1: Pencari Tunai
Memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi bagi membayar semua bil semasa dan yang akan datang
Peranan 2: Perancang Tunai
Memastikan tunai kepunyaan syarikat digunakan dengan cara yang betul dan efisien
Menjejaki pergerakan tunai
Meramalkan aliran masuk dan keluar
Peranan 3: Pengedar Tunai
Mengawal tunai yang diperlukan untuk membayar pembekal serta menetapkan keutamaan dan masa pembayaran
Meramalkan penggunaan tunai
Peranan 4: Pemungut Tunai
Memastikan penghutang membayar hutang dalam masa yang ditetapkan
Peranan 5: Penjimat Tunai
Memastikan syarikat anda mendapat nilai yang maksimum untuk wang yang telah dibelanjakan
Terdapat 5 langkah asas di dalam menyiapkan bajet tunai: - Menentukan baki tunai minimum yang mencukupi - Meramalkan jualan - Meramalkan penerimaan tunai - Meramalkan penggunaan tunai - Menentukan baki tunai pada akhir bulan