Untuk mempercepatkan proses permohonan, anda seharusnya mengemukakan borang permohonan pinjaman yang lengkap dengan melampirkan pelan perniagaan dan semua dokumen yang berkaitan yang dikehendaki oleh institusi kewangan anda. Setiap institusi kewangan mungkin mempunyai borang permohonan pinjaman dan senarai semak permohonan pinjaman mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, senarai dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan institusi kewangan adalah lebih kurang sama untuk ditentusahkan dan dinilai. Jadual berikut menyenaraikan dokumen-dokumen asas yang dikehendaki (mengikut jenis syarikat) untuk permohonan pinjaman.
DOKUMEN BERKANUN
Dokumen untuk Syarikat
Memorandum & artikel persatuan
Sijil penubuhan (Borang 9)
Penyata peruntukan saham (Borang 24)
Penyata yang memberikan butiran daftar pengarah dll. (Borang 49)
Salinan kad pengenalan pengarah/penjamin
Borang J pengarah/penjamin
Dokumen untuk Perkongsian dan Keempunyaan Tunggal
Pendaftaran perniagaan
Lesen perniagaan
Penyata cukai pendapatan perniagaan
Borang J pekongsi/empunya tunggal
Salinan kad pengenalan pekongsi/empunya tunggal
DOKUMEN KEWANGAN DAN PENGURUSAN
Akaun yang telah diaudit (disahkan oleh juruaudit sekiranya bukan syarikat) untuk tempoh 3 tahun
Penyata akaun semasa yang disimpan di lain-lain institusi kewangan untuk tempoh 6 bulan
Pendedahan semua pinjaman dengan lain-lain institusi kewangan bersama-sama surat-surat tawaran
Penyata pembayaran balik pinjaman/penggunaan kemudahan perdagangan dari lain-lain institusi kewangan
Unjuran perniagaan dan aliran tunai
Senarai pembekal dan pembeli utama
Pemiutang dan penghutang mengikut senarai pengusiaan
Profil syarikat/pelan perniagaan/profil pengarah syarikat
Akaun pengurusan terkini
Laporan kebolehlaksanaan (untuk pembiayaan projek dan usaha niaga baru)
LAIN-LAIN DOKUMEN BERKAITAN
Dokumen Cagaran
Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan dan geran tanah yang dicadangkan sebagai cagaran
Dokumen yang membuktikan pemilikan ke atas lain-lain cagaran yang dicadangkan
Laporan penilaian yang berkaitan
Lain-lain Dokumen
Kontrak dalam tangan/surat tawaran kontrak
Dokumen untuk membuktikan lain-lain punca pendapatan
Maklumat mengenai entiti perniagaan yang berkaitan
Invois dan dokumen komersial
Kontrak-kontrak lengkap dan kontrak-kontrak berpotensi
Pinjaman kumpulan
Institusi kewangan memerlukan dokumen-dokumen ini untuk menentusahkan/memahami/menilai yang berikut:
Kewujudan syarikat/perniagaan, pengarah/pemilik perniagaan dan kuasa untuk meminjam dan kesahan pinjaman
Risiko operasi perniagaan dan kecekapan pengurusan, pengalaman dan kepakaran pemilik dan kumpulan pengurusan utama
Kekuatan kewangan dan keupayaan membayar balik (termasuk aliran tunai) peminjam
Nilai bersih perniagaan dan penggearan (gearing) peminjam
Kedudukan kewangan pengarah/pemilik perniagaan
Kebolehlaksanaan dan daya maju syarikat dalam keadaan ekonomi semasa
Industri dan risiko pasaran perniagaan
Risiko operasi perniagaan
Strategi/pelan kontingensi peminjam untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan keuntungan
Cadangan kemudahan adalah selari dengan keperluan pinjaman
Amaun yang dipohon mencerminkan keperluan perniagaan berdasarkan kepada jualan sekarang atau ramalan
Risiko keseluruhan yang berkaitan dengan pinjaman yang dicadangkan
Anda harus mengisytiharkan maklumat yang lengkap mengenai hal-hal kewangan anda dan memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat pada masa permohonan pinjaman dibuat. Pengisytiharan maklumat yang betul juga akan memastikan permohonan pinjaman anda cepat diproses. Lawatan dan Sesi Temu Duga oleh Institusi Kewangan
Untuk memahami perniagaan dan untuk mendapatkan penjelasan, institusi kewangan mungkin mengadakan sesi temu duga dan lawatan ke premis perniagaan anda.
Ini adalah untuk membolehkan institusi kewangan menilai kedudukan kewangan dengan lebih baik. Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan ketika sesi temu duga dan lawatan adalah berkaitan dengan perniagaan, struktur pengurusan, kedudukan pasaran iaitu pasaran dikuasai, pesaing, ramalan pasaran, pelan masa hadapan dan putaran hayat produk.