A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

KESIHATAN / KESELAMATAN: Kesihatan Umum

Kanser Serviks

by www.moh.gov.my

Kanser serviks merupakan kanser yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kejadiannya semakin meningkat setiap tahun. Jika tidak dikesan dan dirawat ia boleh membawa maut.

Apa Itu Kanser Serviks?

Serviks adalah pangkal rahim, Rahim merupakan bahagian badan dimana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam kanser serviks, sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu benjolan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel kanser ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Kanser serviks mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum ia berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan serviks. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala kanser Serviks?

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Pendarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  • Sebarang pendarahan dari faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Kanser Serviks?

  • Tabiat seks - memulakan perhubungan seks pada usia yang awal atau mempunyai pasangan seks yang ramai.
  • Agen jangkitan - terdapat bukti yang mengkaitkan kanser serviks dengan jangkitan virus Human Papilloma.
  • Kebersihan diri yang tidak memuaskan.
  • Menghisap tembakau.

Apakah Yang Boleh Anda lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Kanser Serviks?

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mendapat kenser serviks, adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian ini boleh mengesan kanser serviks pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan ?

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan serviks dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi ?

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada setengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Apakah Tindakan Susulan Yang Akan Diambil ?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya

Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?

Ujian ini boleh didapati di:

  • Pusat Kesihatan Kerajaan
  • Klinik Perancang Keluarga
  • Hospital/Klinik

Siapa Yang harus menjalani Ujian Ini?

Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian ini.

Berapa Kerapkah Ujian Ini harus Dilakukan?

Ujian ini hendaklah dilakukan 3 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalankan Ujian Ini?

Ia terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

 

Sumber Dari www.moh.gov.my





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.