A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

KEMBALI BUJANG: Undang-Undang Syariah

Kahwin Warga Asing - Patuhi Syarat Elak Kesulitan

by Utusan Online - Sisters In Islam

Keluarga Dan Undang-Undang: Sisters In Islam
SOALAN
Saya merancang untuk berkahwin dengan kekasih saya tidak lama lagi. Kami telah lama berkenalan dan mahu hubungan ini terus ke jinjang pelamin. Kekasih saya adalah berbangsa
Indonesia. Saya telah diberitahu bahawa rakyat Malaysia tidak boleh berkahwin dengan rakyat Indonesia. Adakah ini benar? Apa yang boleh saya lakukan untuk berkahwin dengan kekasih saya? - Nor Amin Shahid, Kuala Lumpur

Jawapan
Perkahwinan bukan sahaja memenuhi naluri manusia iaitu dari segi perhubungan fizikal dan psikologi tetapi ia juga merupakan satu perjanjian atau persefahaman yang kuat (Surah Nisa(4) Ayat 21).

Seperti perjanjian yang lain, ia juga perlu memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain. Dari segi perundangan, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi.

Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin.

Ia bukan bertujuan untuk menyusahkan atau memperlekehkan niat pasangan.

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia.

Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.

Prosedur yang berlainan ini juga tergantung kepada situasi warga tersebut.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama.

Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

(i) Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);

(ii) Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon (bagi kes saudara, Kedutaan Indonesia);

(iii) Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia;

(iv) Surat Akuan Cerai atau Surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);

(iv) Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);

(v) Surat wakalah wali (bagi wanita); dan

(vi) Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin.

Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.

Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan.

Sekiranya bakal isteri saudara adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Sila kemukakan juga salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk; dan Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.

Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.

Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini.

Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. - Panel Peguam Syarie Sisters In Islam

- Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 25, Jalan 5/31, 46000 Kuala Lumpur, atau telefon 03-79606122 atau faks 03-79604737 atau emel: sistersinislam@pd.jaring.my

Sumber Dari: www.utusan.com.my





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.