A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

KESIHATAN / KESELAMATAN: Kesihatan Wanita

Teknik Solekan - Serlahkan ekspresi diri

by Mohd Zambri Sulaiman

KECANTIKAN wanita boleh terserlah melalui rias wajah atau lebih tepat dengan solekan yang menarik.

 

Namun, seringkali kebanyakan wanita mengeluh kerana solekan yang dikenakan tidak mampu menyerlahkan ekspresi diri. Hal ini mungkin terjadi kerana kebanyakan wanita tidak mengetahui teknik dan cara solekan yang betul selain kurang arif mengadun warna pembayang mata terutama pada bahagian mata.

 

Untuk pengetahuan pembaca, pembayang mata digunakan untuk mewarnakan kelopak mata supaya mata kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pembayang mata biasanya disediakan dalam bentuk krim, pensil, cecair dan bedak yang dipadatkan.

Memang tidak ramai di antara wanita yang berani mencuba warna-warna pembayang mata yang cerah seperti kuning, jingga, hijau dan biru misalnya pada mata mereka.

 

Takut mencuba selain berasa janggal, ramai tidak tahu bahawa warna-warna ini boleh dimanfaatkan untuk menceriakan wajah anda.

 

Justeru, cubalah `meninggalkan' seketika warna-warna pastel atau lebih tepat `warna yang itu-itu saja'. Untuk menyolek mata, anda perlu membayangkan wajah anda sebuah kanvas polos yang merindukan warna-warna. Pun begitu, janganlah sampai keterlaluan mengadun warna pada bahagian mata kerana ia boleh mengakibatkan anda kelihatan lebih garang atau lebam.

 

Sumber Dari: www.utusan.com.my





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.