IBU yang baru melahirkan anak harus menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur. Ini kerana, penjagaan itu penting untuk memastikan mereka sentiasa ceria selepas melahirkan cahaya mata. Antara panduan yang boleh diikuti ialah:
Kebersihan diri
Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari.
Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari.
Tukar tuala wanita sekerap yang mungkin.
Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering.
Pemakanan
Makan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan.
Minum enam hingga lapan gelas air sehari.
Banyakkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Susu ibu
Bersihkan payudara setiap hari.
Gunakan pakaian dalam yang bersih dan selesa.
Susukan bayi sekerap mungkin.
Rehat dan bersenam
Sebaik-baiknya lakukan senaman ringan dan mengikut kemampuan anda.
Rehat secukupnya.
Awas terhadap tanda-tanda bahaya seperti:
Demam panas.
Pendarahan berlebihan dan berlarutan.
Anemia atau kurang darah.
Pening atau sakit kepala.
Sakit kaki dan bengkak.
Sakit betis.
Sesak nafas dan sakit dada.
Meroyan.
Sukar buang air kecil.
Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan.
Perancang keluarga Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan seperti menggunakan pil, alat di dalam rahim (IUD), kondom, suntikan dan implan.