A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

ISU SEMASA: Isu Pengguna

Bijak Menggunakan Kad Kredit

by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

i. Tip memilih kad kredit.

Jika pengeluar kad kredit menawarkan hadiah promosi, fahami syarat-syarat yang ditetapkan untuk hadiah tersebut dan denda yang akan dikenakan jika syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi.

  • Pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran dan caj kewangan pada kadar rendah atau memansuhkan caj-caj tersebut sama sekali untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu.
  • Sebahagian besar keuntungan kad kredit adalah berpunca daripada caj cawangan. Caj akan dikenakan jika baki belum dijelaskan sepenuhnya selepas tamat tempoh masa tanpa faedah berakhir. Tumpukan perhatian kepada yuran pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, caj cawangan dan tempoh tanpa faedah yang ditawarkan.
  • Pilihlah kad kredit yang menawarkan tempoh tanpa faedah yang lebih panjang
  • Pilihlah kad kredit yang mengenakan yuran yang rendah bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki.

ii. Tip mengurangkan caj

  • Pilih tawaran yang terbaik. Ada pengeluar kad kredit yang tidak mengenakan sebarang yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.
  • Jadikan pendahuluan wang tunai melalui kad kredit sebagai pilihan terakhir
  • Buatlah bayaran sebelum tarikh yang ditetapkan.
  • Pastikan alamat yang disimpan oleh pengeluar kad kredit adalah tepat agar penyata bulanan diterima dengan secepat mungkin.
  • Pembayaran bulanan yang dibuat pada tahap minimum akan melengahkan tempoh pembayaran balik dan meningkatkan jumlah faedah yang harus dibayar. Langsaikan baki belum jelas supaya faedah tidah akan dikenakan.
  • Hadkan jumlah kad kredit yang dipegang berasaskan keperluan dan kemampuan.
  • Berwaspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah.

Elakkan daripada menjadi peminjam

Kebanyakan pemegang kad kredit memilih untuk menjelaskan bayaran kad kredit berdasarkan amaun bulanan minimum yang ditetapkan. Mereka beranggapan ini dapat membantu dalam pengurusan kewangan bulanan. Namun hakikatnya bukan begitu. Pembayaran yang dibuat sebelum tarikh tamat tempoh berakhir setiap bulan mengikut amuan minimum akan dikenakan caj faedah yang bertambah bahkan tempoh pembayaran balik turut bertambah. Ini menyebabkan pemegang kad akan menghadapi bebanan hutang yang banyak.

Jaga kad kredit anda

  • Tandatangani kad kredit anda sebaik sahaja ia diterima
  • Simpan kad kredit di dalam dompet atau beg duit supaya, jika ia hilang atau dicuri, ia akan disedarinya dengan serta merta.
  • Usah pinjamkan kad kepada orang lain.
  • Jangan berikan butir-butir kad kredit (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau Internet.
  • Hafal nombor PIN dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang lain.
  • Simpanlah nombor telefon pengeluar kad kredit anda supaya anda dapat menghubunginya dengan serta merta untuk melaporkan sebarang kehilangan/kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaran atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga.
  • Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru.
  • Sila teliti semua butir-butir pada urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga yang dibuat.
  • Simpan semua slip urus niaga dan bandingkan dengan penyata kad kredit anda sebaik sahaja ianya diterima.
  • Beritahu pengeluar kad kredit dengan serta merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran dan diikuti oleh laporan bertulis.
  • Musnahkan semua slip urus niaga sebelum membuangnya

(Dipetik daripada risalah Info Perbankan, terbitan Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia)

 

Sumber Dari www.kpdnhep.gov.my




E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.