-
Asingkan bahan-bahan buangan sebelum membuangnya. Beri sokongan terhadap Kempen Kitar Semula.
-
Elakkan dari penggunaan racun perosak haiwan dan serangga yang mengandungi bahan kimia merbahaya.
-
Buat baja kompos sendiri.
-
Banyakkan penanaman pokok-pokok dan kurangkan penebangan pokok-pokok.
-
Banyakkan makan makanan segar dan kurangkan memakan makanan yang diproses.
-
Kurangkan meminum minuman dalam bungkusan.
-
Kurangkan makanan daging yang diproses seperti burger. Kurangkan makanan daging. Lebihkan sayur-sayuran.
-
Jangan menggunakan aerosol yang mengandungi klorofluorokarbon (CFCs).
-
Kurangkan penggunaan plastik dan kertas.
-
Bawa beg atau kereta sorong sendiri apabila membeli-belah. Minta pekedai memasukkan barangan yang anda beli di dalam beg anda, bukan dengan menggunakan beg plastik yang dibekalkan. Terangkan megapa anda berbuat demikian.
-
Beli barang-barang yang tidak mencemarkan alam sekitar.
-
Jangan beli barangan yang membahayakan kehidupan liar dan tumbuh-tumbuhan di bumi.
-
Bantulah menyelamatkan hutan rimba anda.
-
Cubalah penggunaan semula kertas di dalam pejabat. Atau guna kedua-dua mukasurat bagi kertas tersebut.
-
Buat fotokopi di kertas-kertas yang tidak digunakan.
-
Gunakan semula sampul surat terpakai untuk urusan dalam pejabat sendiri.
-
Anjurkan kempen kebersihan di kawasan anda.
-
Didik anak anda mengenai alam sekitar. Semai rasa kecintaan dan kesedaran terhadap alam sekitar kepada generasi muda.
-
Berjalan kaki atau berbasikal sekiranya boleh.
-
Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
-
Kurangkan penggunaan penghawa dingin di rumah. Lebihkan tingkap di rumah atau pejabat. Biar cahaya matahari masuk.
-
Padamkan lampu dan kipas sekiranya anda tidak menggunakannya.
-
Jangan biarkan paip terbuka. Paip terbuka akan membazir 9 liter air seminit.
-
Jangan bakar sampah sarap. Ini adalah salah di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978.
-
Buang dengan sempurna bahan-bahan merbahaya. Hubungi Majlis-majlis Tempatan bagi mendapatkan pandangan.
-
Jangan tumpahkan minyak, racun serangga, cat dan bahan-bahan toksik/beracun di dalam longkang atau sungai. Buangkan dengan sempurna.
-
Jangan biarkan peti sejuk yang tidak digunakan di halaman rumah. Hubungi majlis atau peniaga bahan buangan untuk mengambilnya.
-
Jangan gunakan kain lampin pakai buang (disposable napkins).
-
Beli sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam secara organik.
-
Gunakan peralatan elektrik yang dapat menjimatkan tenaga.
-
Tubuhkan Jawatankuasa Alam Sekitar di kawasan anda.
-
Sokong dan labur dalam aktiviti-aktiviti seperti program penggunaan semula dan berkebun. Penglibatan anda bermakna anda membantu sesuatu yang bermakna kepada komuniti, bumi, anak-anak dan masa depan.
-
Anjurkan jualan lambak dan sokong kewujudkan kedai barangan terpakai.
-
Beli barang dalam kuantiti yang besar.
-
Jual surat khabar lama kepada pengutip.