A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

ALAM SEKITAR: Rencana Khas

Alam Sekitar Hak Bersama

by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Kita semua ingin hidup dalam alam sekeliling yang sihat dan bersih. Udara segar. Langit biru. Pokok-pokok dan tanaman yang menghijau. Pantai yang bersih. Semuanya dapat menjadi kenyataan jika semua pihak berganding bahu menjaga kebersihan alam sekitar.

Salah satu hak pengguna ialah hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat. Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat bererti hak kepada alam sekitar fizikal yang akan memperbaiki atau meningkatkan mutu kehidupan. Hak ini melibatkan usaha mendapatkan perlindungan daripada masalah persekitaran yang di luar kawalan pengguna secara individu, tetapi boleh dibendung jika pengguna bertindak secara kolektif. Ia memaparkan keperluan memelihara dan melindungi alam sekitar untuk generasi masa kini dan masa hadapan sangat bergantung kepada muafakat di kalangan ahli-ahli masyarakat sepertimana perlu bagi menangani pelbagai masalah pengguna yang lain.

Kecuaian terhadap alam sekitar pada abad lalu telah mengakibatkan masalah seperti kepanasan dunia, penghakisan lapisan ozon, kehilangan kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan, penyalahgunaan bahan kimia, pemusnahan hutan kesemuanya mengancam kesejahteraan dan keselamatan umat manusia. Semua penduduk sama ada di negara maju mahupun di negara membangun, sama ada yang tinggal di bandar mahupun di desa,kini terdedah kepada ancaman tersebut.

Kesemua ancaman itu bukanlah berlaku secara semulajadi ataupun kerana takdir. Tetapi sebaliknya ancaman itu adalah ekoran daripada perbuatan manusia sendiri. Pembangunan yang tidak mampan, penggunaan dan citarasa yang berlebihan telah menjejaskan kepentingan alam sekitar terutama pada kurun ini di mana terlalu besar ancaman telah dilakukan. Kita telah menggunakan sumber semulajadi secara membazir dan kurang berhemah.

Untuk mengatasi ancaman terhadap alam sekitar, semua pihak perlu membabitkan diri secara kolektif. Kerajaan, industri dan rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing untuk mengatasi beberapa ancaman terhadap alam sekitar yang menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan kita semua dan juga kesejahteraan hidup generasi akan datang.

Kerajaan
Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk memelihara keharmonian alam sekitar seperti :-

  1. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal, mencegah dan menghapus pencemaran alam sekitar;
  2. Menerapkan unsur-unsur alam sekitar dalam kurikulum sekolah;
  3. Di peringkat antarabangsa seperti penajaan Pengisytiharan Langkawi semasa Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada Oktober 1989 dan telah menerima 'Montreal Protocol' untuk mengurangkan penggunaan 'non-essential' klorofluorokarbon (CFC).
  4. Menjadi ahli kepada Konvensyen-konvensyen. Antara lainnya adalah:
  • Konvensyen Kepelbagaian Biologi bagi memelihara dan melindungi komponen kepelbagaian biologi;
  • PROTOCOL MONTREAL bagi mengurangkan penggunaan dan pelepasan klorofluorokarbon ke dalam atmosfera yang akan mengakibatkan penipisan lapisan ozon;
  • Konvensyen Rangkakerja Perubahan Iklim yang mengawal pelepasan gas-gas rumah kaca yang mengakibatkan kepanasan alam;

  • Konvensyen Mengenai Tanah Lembab Yang Berkepentingan Antarabangsa yang bertujuan untuk pemeliharaan dan penggunaannya;

  • Konvensyen Basel mengenai pergerakan merentas sempadan dan pelupusan bahan buangan merbahaya yang bertujuan mengawal pergerakan bahan buangan bahaya dan toksik dari satu negara ke satu negara yang lain.

  1. Malaysia telah melancarkan "Inisiatif Penghijauan Dunia" pada 27 April 1992 di Persidangan Ketua-ketua Menteri Negara Membangun Mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Kuala Lumpur. Dokumen ini merangkumi program bertindak untuk pemeliharaan alam sekitar.

Undang-undang
Kerajaan Malaysia telah menggubal undang-undang berikut untuk melindungi alam sekitar dan menangani masalah pencemaran alam sekitar.

  • Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974

  • Akta Racun Makhluk Perosak, 1974

  • Akta Kilang dan Jentera, 1967

  • Akta Kerajaan Tempatan, 1976

  • Akta Pemuliharaan Tanah, 1960

  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974

  • Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

  • Akta Taman Negara, 1980

  • Akta Perikanan, 1985

  • Akta Perlombongan Petroleum, 1966

  • Akta Kemajuan Petroleum, 1974
  • Akta Perlindungan Hidupan Liar

  • Akta Perhutanan

Sumber Dari : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.