Rumah kita perlu dibersihkan kerap supaya kita dapat hidup dalam persekitaran yang sihat dan selesa. Ada di antara kita yang mempunyai kulit sensitif dan mudah bertindakbalas dengan cecair pencuci kimia. Ada juga pengguna yang peka dengan bau tajam yang dikeluarkan oleh pencuci komersil. Tahukah anda bahawa terdapat petua-petua dapur yang dapat membantu membersihkan rumah dengan selamat serta mesra alam?
Berikut ialah beberapa panduan mudah membersihkan rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh diperolehi dan dapur. Panduan ni dipetik dan buku Guide to Hazardous Products Around the House oleh Goodman, Merril dan Steinwachs.
- Elakkan membersih tingkap kaca ketika matahari memancar dengan terik kerana haba matahari mengeringkan permukaan dengan cepat dan meninggalkan tanda berjalur.
- Ketika mencuci tingkap, gosokkan dengan gerakan ke atas dan ke bawah pada sebelah bahagian dan gerakan dan tepi ke tepi untuk menentukan bahagian mana yang memerlukan lebih banyak gilapan.
Cuka - Bersihkan tingkap dan kaca dengan menggunakan campuran cuka putih dan air suam dengan kadar yang sama banyak. Keringkan dengan kain yang lembut untuk mendapatkan hasil tanpa kesan berjalur. Untuk menghapuskan tanda-tanda yang degil, gunakan cuka yang tidak dicairkan.
Tepung Jagung dan Cuka - Campurkan tiga sudu besar tepung jagung dan setengah cawan cuka putih ke dalam segelas air yang agak panas. Sapukan pada permukaan kaca dan lap hingga kering.
Perahan Lemon - Campur satu sudu besar jus lemon dalam satu kuart air. Sapukan ke permukaan yang hendak dibersihkan dan lap hingga kering.
Soda kuih - Untuk membersihkan cermin atau kaca, taburkan sedikit soda kuih pada kain dan cuci cermin. Bilas dengan air bersih dan gosok atau gilap dengan kain lembut.
Ubat gigi - Untuk menghilangkan calar-calar pada tingkap dan kaca, sapukan sedikit ubat gigi dan gitap dengan sehelai kain lembut.
Membersihkan Mangkuk Tandas menggunakan Soda kuih dan cuka - soda kuih kedalam mangkuk tandas dan kemudian taburkan pula cuka. Gosok dengan berus tandas.
Sumber Dari : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna