A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

BERKERJA DARI RUMAH: Pengurusan Perniagaan

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Memulakan Perniagaan Menjual Bunga Di Rumah


Jika anda sukakan bunga dan anda mempunyai kebolehan artistik semulajadi untuk mencipta gubahan bunga yang menarik, anda mungkin boleh menimbangkan untuk memulakan perniagaan menjual bunga. Belajarlah bagaimana hendak menukar minat anda terhadap gubahan bunga kepada satu perniagaan yang menguntungkan. Ia merupakan sejenis perniagaan yang sesuai dilakukan separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda boleh menguruskan perniagaan anda samada dari rumah atau dari kedai.

 

Anda seharusnya mempunyai idea yang rambang mengenai bidang pekerjaan ini sebelum anda mengambil keputusan untuk menjadi penjual bunga dari rumah. Perniagaan ini memerlukan kerja keras. Masalah yang mungkin timbul akibat kerja ini ialah anda mungkin terdedah kepada racun serangga, kerana bunga-bunga yang anda terima dari pembekal mungkin telahpun disembur dengan racun serangga. Ini adalah di luar kawalan anda. Cara perlindungan terbaik ialah dengan memakai sarung tangan dan topeng muka. Berikut adalah beberapa tugas asas yang terlibat dalam perniagaan menjual bunga:

 

  • Membuat tempahan dan menerima bekalan bunga dari pembekal
  • Mengeluarkan bekalan apabila ia sampai (andaikan anda telah berada di tahap di mana anda perlu menyimpan bekalan)
  • Membersihkan, merawat dan menjaga bunga supaya tahan lebih lama
  • Menyiram bunga dan tumbuh-tumbuhan lain
  • Melayan pelanggan, memberi nasihat kepada pelanggan mengenai kombinasi warna, gubahan dan sebagainya
  • Meletakkan harga dan memperagakan gubahan dengan menarik
  • Menjawab panggilan telefon
  • Menerima tempahan dan membuat rekaan baru untuk diperagakan
  • Mengemaskan ruang bekerja
  • Mengemaskinikan rekod dan akaun

Teknik Asas Gubahan Bunga

Berikut adalah beberapa kemahiran asas dalam gubahan bunga yang anda perlukan untuk memulakan satu perniagaan menjual bunga dari rumah yang berjaya:

 

  • Gubahan berbentuk horizontal atau mendatar – bunga diletakkan dalam bekas rendah dan mendatar. Gubahan ini tidak tinggi dan mengandungi campuran beberapa jenis bunga kecil, daun paku-pakis dan pengisi.
  • Gubahan berbentuk vertical atau menegak – bunga-bunga yang mempunyai tangkai yang panjang biasanya diletakkan dalam bekas bunga yang tinggi dan mengandungi campuran beberapa jenis bunga bersaiz sederhana hingga besar.
  • Gubahan berbentuk tiga segi – apabila diletakkan dalam bakul, gubahan ini membentuk segitiga.
  • Gubahan meja – anda boleh mencuba dengan beberapa jenis bunga yang berlainan, serta bekas bunga, bakul atau botol bergantung kepada jenis majlis yang memerlukan gubahan anda.

Seorang penjual bunga dari rumah harus tahu jenis-jenis gubahan bunga yang berlainan seperti jambak, korsaj, kalungan, gubahan meja dan sebagainya. Anda juga harus pandai memilih warna dan kombinasi bunga yang sesuai. Pelanggan biasanya suka pembungkus yang menarik seperti reben dan plastik hiasan. Mereka rasa bahawa mereka mendapat nilai yang lebih bagi wang mereka dan gembira apabila mereka menerima sesuatu yang dibuat dengan kemas dan menawan.

 

Sebagai permulaan, anda harus belajar perkara-perkara asas, tetapi untuk mengembangkan perniagaan, anda hendaklah sentiasa mengikut aliran semasa.  Anda harus belajar dan sentiasa mencipta rekaan-rekaan baru. Bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan baru dan eksotik yang memerlukan cara penjagaan, rekaan dan gubahan yang baru terus menerus diperkenalkan di pasaran.

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Apabila anda telah memperlengkapkan diri dengan pengetahuan asas yang diperlukan, anda perlu juga memperlengkapkan diri dengan bahan-bahan yang diperlukan dalam perniagaan ini. Secara amnya, bahan-bahan yang anda perlukan dalam perkhidmatan penjualan bunga ini adalah: kedai atau lokasi jualan, sistem penyejukan (pada peringkat lanjut), bunga, tumbuh-tumbuhan lain, bekalan bunga dan produk-produk lain yang anda hendak jual. Berikut adalah senarai bahan-bahan dan harganya untuk anda memulakan perniagaan menjual bunga dari rumah.

 

Bahan-bahan

Lingkungan Harga

Pembekal Bahan-Bahan

Gunting dan pemotong pelbagai saiz

RM 7 – RM20

Alice Art Shop

03 – 3343 9266

 

Blooming Florist

03 – 7955 5800

Taman Bunga Damai

03-8736 4363

 

SayangYou (pemborong)

Pusat Sayang You
Lot U5, Tingkat U5
Semua House Jalan Bunus 6, 50100 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2692 1111 / 2698 9821 / 2698 2393
Fax: 03 - 2698 11 88

Sayang You Station Sdn. Bhd.
Lot No. 2, Tingkat 2 Pasar Besar Giant (Ulu Klang) Sdn Bhd. Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur.
Tel / Fax: 03 - 4108 8263

Sayang You Station Sdn. Bhd.
Lot F 2.33, Ruang Legar Carrefour.Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4143 4733
Fax : 03 - 4143 4722

 

 

Fah & Company

No. 7, Jalan Cheng Lock, 50000 Kuala Lumpur

Tel : 03 - 20784726

 

Lee Wah Florist Sdn Bhd

129, Jalan Tun H.S. Lee, 50000 Kuala Lumpur.

Tel : 03-20782822

 

(Anda boleh juga mendapatkan kebanyakan daripada bekalan ini kebanyakan kedai barangan logam di kawasan berdekatan anda).

Playar

RM5 - RM35

Dawai (jenis yang berlainan bagi keperluan yangberlainan) (untuk membentuk bunga)

RM7 setiap peket

Kasa dawai

Bergantung kepada jumlah yang diperlukan.

Pelekat hijau

RM0.80 segulung

Bekas bunga

RM3 – RM5

*anda boleh juga mengitar semula bekas majerin bagi gubahan basah. 

Bakul

RM10 - RM35

Tempat berdiri (logam)

RM35 - RM50

Span (gubahan basah)

RM3 – RM5

Span (gubahan kering)

RM 3 – RM5

Pembungkus plastik berwarna-warni

RM5 – RM12 semeter

Reben

RM4 – RM10 semeter

Bunga-bunga kering

RM20 ke atas setangkai

 

Bunga tiruan

RM7 ke atas setangkai

Bunga segar

RM8 – RM12.50 (2 dozen)

Paku-pakis

RM5 – RM7

Pengisi

-Baby’s breath, bunga-bunga kecil

RM6 – RM8

 

Keperluan Jangka Pendek dan Jangka Panjang:

 

  • Pada peringkat permulaan, anda tidak dinasihatkan untuk menyimpan terlalu banyak bahan kerana:
    • Ia akan mengambil terlalu banyak ruang dalam rumah anda
    • Ia melibatkan modal permulaan yang tinggi.
  • Melaburlah dalam peralatan keperluan asas yang penting (aset tetap) seperti gunting dan pemotong. Anda hanya perlu membeli peralatan ini sekali sahaja.
  • Melabur sedikit dalam keperluan lain seperti dawai, kasa dawai, span dan sebagainya. Anda memerlukan masa untuk mengenalpasti keperluan pelanggan anda untuk menentukan keperluan jangka panjang anda.
  • Bekas, bekas bunga dan bakul bunga wujud dalam pelbagai jenis dan saiz. Jika anda membeli terlalu banyak item ini, ia akan menjurus kepada pembaziran jika para pelanggan tidak memerlukannya. Dari segi kewangan, adalah tidak berbaloi untuk anda menggunakan modal permulaan anda untuk membeli terlalu banyak stok kerana anda masih lagi belum pasti citarasa dan keperluan pelanggan anda serta saiz tempahan yang akan anda terima.
  • Jangan membeli terlalu banyak stok bunga pada peringkat awal kerana ini akan menjurus kepada pembaziran dan penggunaan modal permulaan yang banyak. Terdapat pelbagai jenis bunga di pasaran, dan kebanyakannya tidak tahan lama. Belilah berdasarkan tempahan yang anda terima. Kalau boleh, jangan simpan stok, sebaliknya dapatkan bekalan anda hanya apabila diperlukan.
  • Ambil bekalan anda sendiri untuk menjimatkan kos. Pembekal mungkin sudi menghantar bekalan ke tempat anda dengan syarat anda membeli dengan banyak.
  • Dapatkan bekas pelbagai saiz untuk membantu memudahkan anda mengambil dan menghantar bunga-bunga tanpa merosakkan bunga-bunga segar dan gubahan bunga anda. (Dengan andaian bahawa anda membuat penghantaran sendiri dengan menggunakan kereta).

Keperluan Jangka Panjang:

Setelah anda berjaya mendapatkan lingkungan jumlah pelanggan yang stabil dan anda boleh menilai keperluan harian, mingguan atau bulanan anda, barulah anda boleh pergi ke peringkat seterusnya.

 

  • Beli semua bahan-bahan yang perlu, terutamanya bunga, secara borong untuk mengurangkan kos. Membeli secara borong membolehkan anda berjimat hingga hampir 50% (contohnya setangkai bunga ros berharga RM1 – RM1.50, tetapi jika anda membeli secara borong, harganya adalah antara 40-60 sen setangkai).
  • Cuba uruskan supaya bunga-bunga itu dapat dihantar ke rumah anda oleh pembekal yang boleh dipercayai.
    • Caj penghantaran mungkin dikenakan tetapi anda akan menjimatkan masa.
    • Guna beberapa pembekal bagi pilihan bunga yang lebih banyak. Jika anda mempunyai perhubungan yang baik dengan pembekal, anda mungkin dapat tawaran harga yang lebih baik.
    • Untuk barang-barang yang boleh ditawar, carilah pembekal di Jalan Petaling, Pusat Shaw dan Cameron Highlands. Tetapi, berhati-hati dengan pembekal yang meminta anda membayar wang pendahuluan dan hanya mengambil tempahan bunga pada kadar jumlah yang sama.
    • Pembekal di Jalan Petaling biasanya lebih fleksibel dengan harga berbanding pembekal dari Cameron Highlands yang biasanya akan mengenakan harga yang lebih kerana kos pengangkutan.
    • Jika anda perlu stok bunga segar dengan segera dan pada saat-saat terakhir, anda boleh mendapatkannya dalam kuantiti kecil dari pasar malam.
  • Cuba simpan stok yang banyak bagi bunga seperti bunga anyelir (carnation), kekwa, daisi dan orkid kerana bunga-bunga ini tahan lama dan murah. Ingat, walaupun bunga ros dan lili sangat popular, bunga-bunga ini cepat layu. Beli bunga-bunga ini dalam kuantiti yang kecil untuk memastikan para pelanggan anda mendapat bunga yang segar.
  • Simpan stok yang banyak bagi bunga-bunga kering dan bunga sutera kerana ada permintaan bagi gubahan bunga ini di pasaran. Beli secara borong untuk menjimatkan kos.
  • Anda boleh menjimatkan kos lagi dengan menanam sendiri paku-pakis dan bunga, dengan syarat anda mempunyai ruang yang cukup. Paku-pakis sayap, asparagus, palma, orkid, daisi dan kekwa dapat tumbuh dengan subur dalam hawa panas lembab di tempat kita.

Kos Permulaan

Terdapat dua kategori kos yang terlibat di sini.

 

1. Para peringkat awal, anda memerlukan modal permulaan untuk membeli peralatan asas. Anda perlu membeli gunting, pemotong, playar dan sebagainya. Anda juga memerlukan kos untuk menyediakan ruang bekerja anda dan membuat sedikit pengubahsuaian seperti membina atau membeli rak, meja bekerja, baldi dan bekas-bekas lain untuk penyimpanan bunga. Kebanyakan barang-barang ini perlu dibeli sekali sahaja.

 

2. Anda juga memerlukan modal pusingan. Ini merupakan kos yang melibatkan pembelian bahan-bahan seperti bunga, reben, bakul dan tempat berdiri. Jumlah kos yang terlibat di sini akan berubah mengikut jumlah tempahan yang anda terima.

 

Secara amnya, kos permulaan anda adalah dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000. Anda juga perlu menilai kos yang diperlukan untuk menambah stok bunga segar, paku-pakis dan sebagainya.

 





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.