A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

BERKERJA DARI RUMAH: Pengurusan Perniagaan

Aliran Tunai Dan Dana Perniagaan

by Eric Y.F. Lim

Dalam artikel “Pelan Perniagaan: Membantu Meneruskan Perniagaan”, kami mengutarakan persoalan-persoalan ini – Dari manakah anda akan mendapatkan RM yang diperlukan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan anda? Daripada simpanan, pinjaman dari ahli keluarga, rakan-rakan atau adakah anda terfikir untuk mengambil pinjaman bank?

 

Sebenarnya, salah satu isu terpenting yang terkandung didalam Pelan Perniagaan ialah aspek kewangan projek yang anda fikir untuk lakukan. Tidak bermakna untuk menjalankan perniagaan sekiranya anda tidak dapat berfikir bagaimana anda akan menghasilkan aliran tunai positif. Bagi memastikannya, beberapa perkara penting perlu dihadapi:

 

  1. Aliran Tunai Terancang
  2. Pembiayaan
  3. Pulangan Ke Atas Pelaburan (ROI)
  4. Akaun Untung & Rugi
  5. Kunci Kira-kira

Subjek-subjek diatas mungkin kelihatan biasa sekiranya anda telah mempunyai sedikit pengetahuan atau pendedahan kepada Buku Simpan Kira atau perakaunan. Hakikatnya, seorang ‘homepreneur’ mungkin tidak secara formal memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut, terutama sekali pada peringkat permulaan perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, ia perlulah diambil berat seberapa segera yang boleh atau kemudiannya dengan apa cara sekalipun – kerana mereka perlukannya untuk menentu atau menjustifikasikan dana perniagaan mereka.

 

1. Aliran Tunai Terancang

Ia adalah satu penyata aliran tunai masuk dan keluar terancang didalam entiti perniagaan. Penekanan adalah kepada perkataan “terancang”. Ia bukanlah aliran masuk dan keluar yang sebenar, kerana ia cuma wujud didalam Pelan Perniagaan sahaja. Walau bagaimanapun, penyata terancang ini adalah penting kerana ia memberikan gambaran kepada apa yang boleh berlaku dalam operasi perniagaan.

 

Apakah yang terdiri daripada aliran masuk dan keluar terancang? Ia adalah bergantung kepada keadaan sekeliling dan saiz operasi perniagaan, dan boleh juga tergolong dalam perkara-perkara berikut:

 

  • Modal Dana Peribadi
  • Pinjaman dari pelbagai sumber
  • Simpanan atau bayaran pendahuluan daripada pelanggan
  • Bayaran untuk kelengkapan tetap
  • Bayaran untuk bahan tetap
  • Bayaran untuk kakitangan/ buruh
  • Bayaran untuk kos pejabat atau pentadbiran
  • Bayaran untuk bayaran faedah/ cukai/ lesen

Adalah penting untuk bersikap teliti dan terperinci yang boleh, kerana adalah lebih murah untuk melakukan “kesilapan” diatas kertas dengan Aliran Tunai Terancang didalam Pelan Perniagaan daripada menanggung kerugian keatas wang tunai sebenar dari operasi perniagaan. Ini dengan jelas menunjukkan kepentingan dan kegunaan persediaan Pelan Perniagaan yang rapi.

2. Pembiayaian

Pembiayaian untuk perniagaan yang dicadangkan mestilah dikaji dengan teliti, kerana aliran tunai masuk permulaan kedalam perniagaan adalah datang daripada sumber tersebut. Sumber-sumber bagi dana permulaan tersebut boleh dikategorikan seperti berikut:

 

  • Dana simpanan (simpanan peribadi)
  • Pinjaman atau pemberian dari keluarga
  • Pinjaman atau pemberian dari rakan-rakan
  • “Fools” (pengambil risiko) atau “business angels” (nama kiasan)
  • Dana Subsidi dan Geran

Setiap satu sumber-sumber ini bolehlah dijelajahi secara aktif dan diperolehi. Terdapat beberapa formula tetap bagi kombinasi kelima-lima sumber itu. Sebagai contoh, ekuiti (modal) keatas bahagian pinjaman mestilah dikekalkan kepada 1:1 sebaik-baiknya. Jika anda tidak mampu memujuk orang lain untuk menyertai urus niaga anda itu, dana anda pastinya akan diperolehi secara keseluruhannya melalui simpanan peribadi anda sendiri, contoh: semua ekuiti peribadi tanpa sebarang pinjaman. Banyak perniagaan dari rumah yang dimulakan dengan cara ini.

 

3. Pulangan Ke Atas Pelaburan (ROI)

Sebagaimana Aliran Tunai Terancang yang telah disediakan secara terperinci diatas, adalah munasabah untuk mengira Pulangan Ke Atas Pelaburan (ROI) (ROI dikira sebagai Pulangan Kewangan dibahagikan dengan Pelaburan Dana) untuk perniagaan tersebut dibawah tempoh masa yang tertentu. Adalah penting untuk mengetahui nilai ROI, kerana ia akan menunjukkan dengan jelas samada lebih baik untuk melabur kedalam perniagaan atau menyimpan sahaja wang kedalam bank bagi mendapatkan pulangan yang “tiada risiko”. Sekiranya ROI dari perniagaan yang dicadangkan itu adalah rendah, ini bermakna dua perkara: perniagaan yang dicadangkan itu tidak mungkin hidup ataupun model perniagaan tersebut perlu dikaji semula. Ingat tak kepada apa yang kita perkatakan sebelum ini: adalah lebih murah untuk melakukan “kesilapan” diatas kertas dengan Aliran Tunai Terancang didalam Pelan Perniagaan daripada menanggung kerugian keatas wang tunai sebenar dari operasi perniagaan. Ia adalah lebih penting lagi kepada operator-operator perniagaan dari rumah yang mana tidak mampu untuk mengalami kerugian tunai.

 

4. Akaun Untung & Rugi

Walaupun Aliran Tunai Terancang dapat memberikan gambaran yang jelas keatas kedudukan aliran tunai perniagaan, ia bukanlah petunjuk sebenar bagi Penyata Untung & Rugi perniagaan. Adalah mudah untuk menyediakan Penyata Untung & Rugi sebaik sahaja penyata Aliran Tunai Terancang diperolehi. Walau bagaimanapun, adalah diluar skop artikel ini untuk memberikan tunjuk ajar terperinci mengenai Akaun Untung & Rugi. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada mana-mana buku teks standard mengenai Buku Simpan Kira atau perakaunan yang boleh didapati dikedai-kedai buku.

 

5. Kunci Kira-Kira

Gambaran keseluruhan kewangan sesuatu perniagaan hanya boleh diketahui sekiranya cebisan terakhir “mainan jigsaw” diletakkan: iaitu Kunci Kira-Kira untuk perniagaan tersebut. Kunci Kira-Kira untuk perniagaan adalah sejenis penyata keatas aset dan tanggungan perniagaan: apa yang perniagaan itu miliki dan apa pula yang dihutang. Ia penting untuk menunjukkan samada perniagaan itu dapat memenuhi kewajipannya.

 

Berikut adalah satu contoh Kunci Kira-Kira bagi sebuah perniagaan milik tunggal:

 

Kedai Buku Hibiscus
Kunci Kira-Kira
December 31, 2002

Aset

Tanggungan dan Modal

Aset semasa (RM)

Tanggungan semasa (RM)

Tunai

30,000

 

Akaun Berbayar

12,000

 

Akaun penerimaan

20,000

 

Gaji Berbayar

14,000

 

Inventori

34,970

 

Jumlah Tanggungan Semasa

26,000

Insuran Pra-bayar

1,000

 

Tanggungan Jangka Panjang

Jumlah Aset Semasa

85,970

Pinjaman Bank Berbayar

17,356

 

Aset Tetap

Jumlah Tanggungan Jangka Panjang

17,356

Peralatan Pejabat

46,808

 

Jumlah Tanggungan

 

43,356

Kurang: Susut nilai terkumpul

(31,670)

 

Modal

Jumlah Aset Tetap

 

4,941

Modal, ABC

 

45,089

Jumlah Aset

 

101,102

Jumlah Tanggungan / Modal

 

101,102


Apa sahaja kaedah yang kita gunakan untuk menyediakan pelbagai jenis penyata kewangan, kita tidak boleh lupa bahawa Pelan Perniagaan yang terunggul tetap kekal sebagai satu pelan diatas sekeping kertas melainkan sehingga ia dilaksanakan dalam operasi sebenar. Hanya perlaksanaan Pelan Perniagaan yang berhati-hati dan selaras sahaja akan merealisasikan impian kebebasan kewangan kita.

Artikel-artikel bersiri ini adalah isumbangan oleh Eric Y.F. Lim. Penulis boleh dihubungi di erico@pc.jaring.my

 

 





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.