A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

SUARAKU: Surirumah

Pat Tang


Saya telah terlibat dengan organisasi Mothers for Mothers sejak persidangan pertama mereka dalam bulan Ogos 1998.  Saya menjadi sukarelawan dalam tiga daripada persidangan yang diadakan selepas itu dan memperolehi begitu banyak kepuasan kerana dapat membantu ibu-ibu yang lain.  Selepas menghadiri setiap persidangan itu, saya terasa bagaikan hidup semula dan teruja.  Persidangan tersebut telah mengajar saya untuk melihat kehidupan dengan cara yang berbeza.  Saya juga telah lebih menghargai apa yang ada pada saya.

 

Selepas menghadiri persidangan mengenai usaha Bekerja Dari Rumah, saya telah mendapat ilham untuk memulakan perniagaan dari rumah saya sendiri.  Pada persidangan yang lepas, yang telah diadakan pada 10 Oktober 1999, saya turut serta membuka sebuah gerai untuk memberitahu ibu-ibu lain tentang perniagaan saya.  Ramai ibu-ibu yang saya temui memberitahu saya bagaimana persidangan tersebut membuka mata mereka.  Ramai yang berkata bahawa mereka berasa amat senang hati kerana boleh berkongsi kebimbangan dan hasrat mereka dengan ibu-ibu lain.  Seperti saya, ramai yang berasa gembira menghadiri persidangan tersebut, kerana mereka telah dapat mewujudkan rangkaian perhubungan dengan ibu-ibu lain dan menjalin persahabatan yang berpanjangan.

 

Pat Tang

 

 

 





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.