A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

INSPIRASI: Tingkat Diri

10 Panduan Untuk Berucap Di Hadapan Penonton Dengan Jayanya

by Toastmasters International

Merasa gentar sebelum memberikan ucapan adalah perkara yang biasa dan sihat. Ia menunjukkan bahawa anda prihatin dan mahu melakukannya dengan betul. Tetapi, terlalu gentar juga tidak baik. Berikut adalah beberapa panduan tentang bahagaimana hendak mengawal kegentaran dan memberikan persembahan yang efektif dan diingati ramai:

  1. Kenali bilik itu. Biasakan diri dengan tempat di mana anda akan berucap. Datang awal, berjalan sekeliling tempat berucap dan berlatih menggunakan mikrofon dan alat pandang dengar.
  2. Kenali penonton anda. Sapa penonton anda apabila mereka sampai. Adalah lebih mudah untuk bercakap dengan sekumpulan kawan daripada sekumpulan orang asing.
  3. Kenali bahan-bahannya. Jika anda tidak biasa dengan bahan-bahan ucapan atau tidak selesa mengenainya, kegentaran anda akan bertambah. Berlatih berucap dan buat pembetulan jika perlu.
  4. Bertenang. Legakan ketegangan dengan membuat senaman.
  5. Bayangkan diri anda memberikan ucapan. Bayangkan diri anda sedang bercakap dengan suara yang kuat, jelas dan berkeyakinan. Apabila anda bayangkan anda berjaya, anda akan berjaya.
  6. Sedarlah bahawa orang lain mahu anda berjaya. Penonton mahu mendengar dari seorang yang menarik, bermotivasi, berinformasi dan menghiburkan. Mereka tidak mahu anda gagal.
  7. Jangan minta maaf. Jika anda beritahu bahawa anda sedang gentar dan meminta maaf atas masalah mengenai ucapan anda, anda sebenarnya membuka peluang kepada penonton untuk mencari kesilapan anda.
  8. Beri perhatian kepada mesej yang hendak disampaikan, bukannya cara penyampaian. Tumpukan perhatian kepada mesej yang anda sampaikan dan penonton anda, dan bukannya kepada kegusaran anda. Kegentaran anda akan berkurangan.
  9. Tukar kegentaran kepada tenaga yang positif. Tumpukan tenaga anda dan tukarkannya kepada semangat dan kesungguhan.
  10. Dapatkan pengalaman. Pengalaman membina keyakinan, di mana ianya adalah kunci kepada ucapan yang efektif. Kelab Toastmasters boleh memberikan pengalaman yang anda perlukan. 

Bahan: Toastmasters International





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.