A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

INSPIRASI: Petikan Kata

Beberapa Sebeb Untuk Tersenyum


Setiap 7 minit dalam setiap hari, seorang akan tercedera otot hamstringnya dalam kelas aerobik.

Wanita berumur melebihi 50 tahun tidak melahirkan  bayi lagi kerana mereka akan  meletakkan bayinya kemudian terlupa di mana tempatnya.


Salah satu daripada misteri kehidupan ialah bagaimana sekotak gula-gula seberat 2 paun boleh menyebabkan berat badan seorang wanita meningkat sebanyak 5 paun.


Fikiran saya tidak sekadar melayang, ada kalanya ia meninggalkan saya terus.


Cara terbaik untuk melupakan segala masalah anda ialah dengan memakai kasut yang ketat.

 

Yang seronoknya  tinggal di  pekan kecil ialah apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan, orang lain akan tahu mengenainya.


Semakin meningkat usia anda, semakin sukar untuk mengurangkan berat badan kerana persahabatan antara badan dengan lemak anda sudah terlalu akrab.


Adakalanya saya fikir saya sudah memahami segala-galanya, kemudian saya terus siuman semula.

Saya berhenti berjoging demi kesihatan saya bila kedua-dua belah paha saya saling bergeser sehingga terbakar sarung kaki saya.

 

Sungguh menakjubkan!  Sebentar sahaja anda gantungkan pakaian di dalam almari, ia  mengecut sebanyak dua saiz.

 

Mereka kerap berpesan agar kita sentiasa berbaik-baik dengan badan kita.  Saya punya tak berapa suka berkomunikasi tetapi pada suatu hari menjawab bila saya kata, “Wahai badan, bagaimana kalau kita hadir kelas memejalkan otot pada pukul enam nanti?”


Dengan jelas badan saya menjawab, “Hei, cik puan, dengar sini!  Kalau berani buatlah!”


Masalah segelintir wanita ialah mereka teruja oleh sesuatu yang tak penting (lantas  mereka mengahwininya).


Saya terbaca makalah yang mengatakan bahawa tanda-tanda tekanan perasaan yang biasa ialah makan terlalu banyak, minum terlalu banyak, membeli tanpa berfikir panjang, dan memandu terlalu laju.  Mereka berjenaka agaknya.  Bagi saya itulah caranya mendapat hari yang sempurna.


Saya tahu apa dia rahsia Victoria's Secret itu.  Rahsianya ialah barangannya tidak muat dipakai oleh sesiapa yang berusia melebihi 30 tahun.


Kalau lelaki boleh menguasai dunia, mengapa mereka tidak boleh berhenti memakai tali leher?  Bijakkah memulakan hari dengan mengikat tali gantung di leher sendiri?


Pengarang tidak dikenali

 





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.