A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

ALAM SEKITAR: Rencana Khas

Bahan-Bahan Asas Bagi Kehidupan “Hijau”

by Greenpeace Canada

Setakat ini, sektor industri ialah penyumbang terbesar pencemaran bahan kimia berbahaya dan bahan toksik. Tetapi ramai di antara kita juga menyumbang ke arah pencemaran melalui produk pencuci yang kita pilih, bahan kimia kebun yang kita guna dan tenaga yang kita gunakan.

 

Melindungi dan memelihara alam sekitar bermula di rumah kita sendiri. Berikut adalah beberapa resepi yang bukan sahaja boleh menjimatkan wang anda, tetapi juga selamat bagi anda, mereka yang anda sayangi dan alam sekitar.

 

Bahan-bahan Asas

Setiap bahan yang disenaraikan di bawah boleh didapati di kedai runcit atau kedai makanan kesihatan.

 

Sabun Tulen

Dari generasi ke generasi, manusia membasuh pakaian, rumah dan diri mereka menggunakan sabun tulen. Hari ini, ia adalah bahan utama dalam banyak resepi bahan pencuci alternatif. Sabun mereput dengan selamat dan secara menyeluruh, dan ia juga tidak bertoksik. Pastikan anda gunakan sabun tanpa pengharum sintetik, warna dan lain-lain bahan tambahan. Bahan pencuci pakaian yang biorosot dan bebas-fosfat juga boleh mencemarkan air.

 

Cuka (5% asid asetik)

Cuka ialah pembasmi kuman yang lembut yang dapat menghilangkan minyak, membersihkan kaca, menghapuskan bau dan membuang pengumpulan kalsium, kesan kotor dan pengumpulan lilin.

 

Tepung jagung

Tepung jagung ialah serbuk tanpa bau yang sangat berkesan digunakan untuk membersihkan karpet dan kesan minyak.

 

Minyak kayu putih

Minyak kayu putih ialah pembasmi kuman yang baik dan penghilang bau. Ia dapat menghilangkan kesan kotor seperti dakwat dan minyak, membunuh dan menjauhkan sesetengah jenis serangga dan mengelakkan karat.

 

Soda Pencuci (Sodium Karbonat)

Bahan utama untuk mencuci baju, soda pencuci menghilangkan minyak, menghilangkan kesan kotor, membasmi dan melembutkan air. Soda pencuci tidak seharusnya digunakan pada aluminium.

 

Serbuk Penaik (Soda Bikarbonat)

Serbuk penaik berkesan sebagai penggilap dalam resepi alternatif. Serbuk penaik juga menghilangkan bau, menghilangkan kesan kotor, berfungsi sebagai pengilat dan melembutkan fabrik.

 

Nota…

Sesetengah orang berpendapat bahawa ammonia dan boraks adalah bahan penting dalam pencuci alternatif. Memang benar bahawa bahan-bahan ini sangat berkesan dalam membersih, menghilangkan bau dan membasmi kuman. Tetapi bahan ini juga adalah bahan kimia kuat yang boleh menyebabkan gatal-gatal mata, hidung, tekak dan kulit, dan boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan sakit dada.

 

Sebagai tambahan, apabila ammonia dicampur dengan sesetengah produk pencuci lain terutamanya yang mengandungi klorin, gas beracun boleh dihasilkan. Oleh sebab-sebab ini, kami telah mengeluarkan ammonia dan boraks dari senarai bahan asas dan dari resepi kami.





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.