A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

ALAM SEKITAR: Kehidupan Hijau

Kebersihan Amalan Hidup


Semasa dia tinggal di Petaling Jaya, suaminya sering memanggilnya “pekerja MPPJ”. Kini, setelah mereka berpindah ke Bangsar, Kuala Lumpur, nama gelarannya bertukar pula kepada “pekerja Dewan Bandaraya”.

Dia mendapat gelaran ini kerana sikap pembersihnya. Sebagai seorang yang cintakan alam semulajadi, dia benci melihat sampah-sarap dibuang merata-rata. Setiap kali dia terlihat beg plastik atau sampah-sarap lain di jalan raya di depan rumahnya ataupun di lorong belakang rumahnya, dia terus memungutnya dan memasukkannya ke dalam tong sampah.

Di kalangan jiran-tetangganya, dia dikenali sebagai “wanita yang berjalan di sepanjang jalan dengan sebatang penyapu!” Dia disenangi oleh kebanyakan jirannya, tetapi ada juga di antara mereka yang curiga dengan motifnya.

“Semasa saya tinggal di Petaling Jaya, saya sering menyapu daun-daun yang gugur dari pokok-pokok di sepanjang jalan berdekatan rumah saya. Kemudian saya dapat tahu bahawa ada di antara jiran-jiran saya tidak senang dengan apa yang saya lakukan kerana mereka menyangka saya mempunyai niat lain,” kata Fauziah, 63 tahun.

“Baru-baru ini saya telah bertemu dengan jiran saya dahulu. Mereka memberitahu bahawa lorong belakang rumah mereka telah menjadi kotor sejak saya berpindah.”

“Sejak kecil lagi saya sentiasa memastikan rumah dan kawasan sekitarnya sentiasa bersih,” kata ibu kepada tiga orang anak yang telah dewasa ini. Dia tidak merasa bahawa memungut sampah adalah suatu yang sukar. “Saya gembira memastikan kawasan kejiranan saya bersih dan kemas.”

Bekas guru ini juga menjaga kebun di kawasan rumahnya dengan rapi. Dia menanam banyak pokok bunga, terutamanya bunga ros dan lili yang merupakan bunga kegemarannya. Perkara pertama yang dilakukannya selepas berpindah ke rumahnya sekarang dua tahun lalu ialah membeli benih bunga dari Sungei Buluh dan menanamnya di hadapan rumahnya. “Pokok-pokok ini telah mula membesar dan saya dapat lihat beberapa ekor burung duduk di situ dan berkicau pada waktu pagi. Ini membuatkan saya sungguh gembira,” katanya.

Nikmat-nikmat kecil seperti kicauan burung dan memastikan persekitarannya bersih menggembirakan Fauziah. Seorang jiran, Nik Afifah Nik Mohd Addeb, memberikan pendapat yang tepat mengenai apa yang diperkatakan oleh kebanyakan orang mengenai Fauziah.

 “Makcik Fauziah dengan bangga menyapu sepanjang jalan di depan rumah kami serta lorong di belakang. Saya begitu gembira mempunyai seseorang sepertinya tinggal di kawasan kejiranan kami. Kalaulah semua orang sepertinya, kita boleh menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami.”

Hajjah Fauziah Ahmad Pakri telah dicalonkan sebagai Ibu Hijau kerana kesedaran siviknya yang tinggi.





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.