A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

KESIHATAN / KESELAMATAN: Keselamatan

Sembur Dengan Berhati-hati

by C. Didager

Kesemua racun serangga yang didaftarkan untuk penggunaan di Malaysia mempunyai pelekat kod warna yang menunjukkan tahap keracunan bahan beracun itu.

 

Badan Racun Serangga di bawah Kementerian Pertanian telah berjaya memastikan bahawa bahan beracun yang digunakan di rumah adalah kurang kandungan racunnya, contohnya erosol racun serangga amnya berada dalam Keelas III (pelekat biru) atau Kelas IV (tiada warna). Racun Kelas Ia (pelekat hitam) dan Kelas 1b (pelekat merah) adalah paling beracun dan tidak harus digunakan di rumah.

 

Pelekat Warna

Kelas

Tahap Keracunan

Hitam

Ia

Sangat beracun

Merah

Ib

Tahap keracunan tinggi

Kuning

II

Tahap keracunan sederhana

Biru

III

Sedikit  beracun

(Tiada Warna)

IV

-

 

                                                           

Bahan-bahan Aktif: Untuk keselamatan dan kemudahan, gunalah erosol racun serangga. Jangan cuba campurkan sendiri bahan kimia beracun pekat.

 

Erosol biasa yang disyorkan untuk mengawal  lipas mengandungi bahan aktif yang dipanggil propoxur.  Bahan aktif ini mempunyai  kesan sisa. Ini bermakna, lipas yang merayap  di  tempat yang telah disembur dengan  bahan aktif ini akan menerima kesannya.


Simpan  Dengan Cermat

Seperti juga rumusan racun serangga yang lain,  rumusan erosol juga  beracun. Ia hendaklah disimpan dan  digunakan dengan cermat.

 

Simpan erosol jauh daripada bahan makanan dan minuman, di tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Seperti yang disyorkan oleh pengilang, erosol hendaklah disembur dekat dengan sasarannya.

 

Bagi rumah yang mempunyai  tangki septik, tuan punya rumah tentu perasan  bahawa lipas banyak berkumpul di situ. Buka penutup tangki septik itu dan sembur tepat ke dalam tangki dan sasarkan pada serangga dan juga dinding tangki. Tutup penutup dengan segera. Lipas di dalam tangki yang terkena semburan akan mati, sementara yang terselamat akan terkena sisa semburan dan akhirnya akan mati.

 

Halakan  semburan pada sasaran dan sentiasa pastikan semburan tidak mencemarkan makanan, perkakas dapur, tuala, pakaian dan ahli keluarga yang  berdekatan. Tidak perlulah sembur dengan banyak, melainkan anda berhadapan dengan bilik yang penuh dengan lipas.

 

Lebih  baik jika anda meranccang terlebih dahulu dan mengenalpasti kawasan sasaran yang anda hendak sembur.  Mangkuk tandas, tong sampah dan tangki septik adalah tempat-tempat biasa lipas bersarang.

 

Untuk  mengurangkan risiko pencemaran kepada ahli keluarga, semburan boleh dilakukan  selepas  semua orang keluar  samada keluar bekerja, membeli belah atau  sebelum anda semua keluar  berjalan-jalan pada hari minggu.

 

Semasa menyembur, jangan lupa memakai baju berlengan panjang dan sepasang sarung tangan. Jika tiada sarung tangan, lapik tangan anda dengan beg plastik kosong untuk melindunginya. Baca label pada erosol itu dengan cermat dan patuhi semua arahannya.

 

Jika anda terserempak seekor lipas, yang mana ianya jarang berlaku di kebanyakan rumah, memukulnya dengan surat khabar yang digulung adalah lebih praktikal daripada berlari mendapatkan erosol. Apabila anda kembali dengan erosol, lipas itu mungkin telah melarikan diri.

 





E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2013. Semua hak terpelihara.