Bekas pensil ini bukan sahaja comel, tetapi ia juga amat berguna!
Projek ini dikategorikan sebagai MUDAH untuk diikuti.
Apa Yang Anda Perlukan
Tin berukuran 4 inci tinggi, dibersihkan dan dibuang labelnya
Gam Cair
Gunting
Pita
Pewarna krayon atau Pen marker
Kertas kelabu konstruksi
Mata mainan (yang biji matanya boleh bergoyang-goyang) atau kertas putih konstruksi
Bagaimana Untuk Membuatnya
Gunting sekeping kertas yang saiznya cukup besar untuk membalut luar tin. Pitakan kertas tersebut kepada tin.
Kertas berwarna kelabu bersaiz 6 inci kali 4 inci dilipat dua. Guntingkannya menjadi seperti bentuk telinga. (Apabila anda membuka lipatan kertas tersebut, anda akan dapati anda telah memperolehi dua telinga yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama.) Buat lipatan sebesar ¼ inci pada bahagian “dalam” telinga tersebut. Buat potongan separuh pada lipatan tersebut dan bengkok satu bahagian dalam arah kedepan dan satu lagi arah kebelakang. Apabila anda melekatkan kedua-duanya kepada tin, ia akan membuat telinga-telinga itu “berdiri”.
Guntingkan pula bentuk belalai. Gunakan pensil untuk “menggulung belalai” tersebut supaya ia akan tertonjol keluar dari tin dan bukannya terlekap mendatar. (Ambil pensil anda dan bahagian hujung belalai dan gulungkan kertas belalai itu disekeliling pensil dengan lembut sehingga separuh belalai.) Lukis nostril pada bahagian yang akan menghadap keatas, dan kedut-kedut disepanjang belalai. Buatkan ¼ lipatan pada bahagian atas dan lekatkan belalai ke tin.
Gamkan 2 mata mainan (yang biji matanya boleh bergoyang-goyang) atau gunakan kertas putih dan pen marker hitam untuk membuat mata gajah anda sendiri dan gamkannya keatas tin dikiri kanan belalai tersebut.
Lukiskan kepada gajah tersebut mulut dibawah belalainya. Tambahkan lain-lain butiran yang anda suka untuk gajah anda miliki (gading, kedutan, dsb.)