A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

Tentang Kami

Seminar ICT Rangsang Kerjaya Wanita

Harian Metro Rabu 4 September 2002

SERI KEMBANGAN: Seminar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Memperkasakan Wanita yang diadakan di Pusat Pameran The Mines, di sini, memberi pendedahan kepada peserta untuk membudayakan ICT dalam pelbagai bidang aktiviti harian mereka.

Seminar sehari itu yang dijayakan beberapa tokoh wanita mendedahkan cara penggunaan dan manfaat komputer dalam kerja seharian dianjurkan Puspanita (Persatuan Isteri-Isteri Menteri). Ia diadakan sempena Pameran Mega ICT 2002 yang dihadiri 418 syarikat ICT dari 28 buah negara, bermula semalam hingga 6 September ini.

Antara penceramah ialah Pengarah Urusan Think Plus Consulting Bhd, Dr Norsaidatul Akmar Mazelan; Ketua Eksekutif FSBM Internexia Sdn.Bhd, Bismillah Kader dan Pengasas Mothers For Mothers, Chong Sheau Ching.

Seminar itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datin Faizah Mohd Tahir. Pengerusi Puspanita, Puan Sri Suslita Abdul Majid, berkata seminar itu diharap dapat memberi rangsangan kepada wanita dalam meningkatkan kerjaya masing-masing dan meluaskan pengurusan perniagaan melalui e-dagang. 



E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.