A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

Tentang Kami

Lima Raih Anugerah Bekerja Dari Rumah

Oleh Halina Mohd Noor -Berita Harian 04 Jun 2004


DARI kiri, Jizi Yahya (mewakili Ramona Azlinda Ali),
Sophia, Tang, Teh dan Dayang Lily bersama
hadiah masing-masing.

LAZIMNYA setiap ibu pasti ingin melihat sendiri anak membesar di depan mata. Bagaimanapun, tuntutan kerja menjadi antara punca kebanyakan ibu tidak dapat meluangkan masa lebih lama bersama anak. Keseimbangan antara kerjaya dengan tanggungjawab peribadi sebagai ibu dan isteri, ada kalanya sukar diperoleh dalam kehidupan moden kini.

Bagaimanapun, sebilangan wanita bergelar ibu sudah membuktikan ia tidak mustahil. Mereka adalah wanita yang berusaha memelihara kesejahteraan keluarga masing-masing dengan bekerja dari rumah.

Baru-baru ini lima wanita berkenaan ialah Lydia Teh Chong Foo, Tiffany Tang Fei Ying, Ramona Azlinda Ali, Dayang Liliy Abang Muas dan Chew Yoke Siew. Kelima-lima mereka sanggup meletakkan jawatan masing-masing demi kepentingan anak. Mereka bekerja dari rumah dalam pelbagai bidang sebagai penulis, penterjemah, usahawan, pengurus program malah kerjaya profesional seperti peguam. Pengorbanan dan kesanggupan demi kebahagiaan keluarga membuatkan mereka terpilih sebagai pemenang peraduan Ibu Telekerja Terbaik 2004.

Majlis itu anjuran eHomemakers/Mothers for Mothers, rangkaian suri rumah dan ibu pelbagai kaum yang memilih untuk bekerja dari rumah dengan kerjasama Nestle (Malaysia) Berhad. Hadir menyampaikan anugerah ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn.

Lima ibu berkenaan dipilih berdasarkan pencalonan oleh orang ramai melalui portal eHomemakers/Mothers for Mothers melalui laman web www.ehomemakers.net.

Ketua Juri yang juga Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Maimon Shamsudin, berkata calon yang terpilih mestilah mempunyai pejabat di rumah yang lengkap dengan komputer, telefon, mesin faksimile atau telefon genggam

dan memperoleh pendapatan secara giat daripada pekerjaan yang dilakukan dari rumah atau membuat kerja sosial dari rumah secara sukarela selama sekurang-kurangnya dua tahun. Calon harus menunjukkan kejayaan yang nyata dalam bidang perniagaan atau melakukan kerja kemasyarakatan dengan persatuan awam sambil membina keluarga berjaya.

Pengasas dan penganjur projek eHomemakers/mothers for mothers, berkata daripada pencalonan yang diterima menunjukkan bahawa ramai wanita Malaysia berjaya mengurus keluarga mereka sambil bekerja dari rumah.

“Tujuh tahun lalu apabila kami ingin memulakan sistem bekerja dari rumah sebagai pilihan alternatif kepada ibu, kami dianggap sebagai ‘suri rumah yang tidak ada apa hendak dilakukan’. Ramai yang mengetawakan dan memandang remeh impian ini sehingga kami tidak dapat bayangkan boleh mencapai ke tahap hari ini. Apa yang kami fikirkan ialah untuk melakukan sesuatu untuk diri kami — suri rumah,” katanya.

Katanya, pada 2002, geran dikeluarkan untuk mengubahsuai laman web menggunakan tiga bahasa, www.ehomemakers.net dan menubuhkan jaringan kerja siber yang giat dikenali ‘ehomemakers’ adalah lelaki dan wanita yang minat bekerja dari rumah yang dikenali sebagai pekerja dari rumah atau usahawan rumah.

“Baru-baru ini minat yang ditunjukkan oleh orang ramai dan sektor kerajaan dalam telekerja, kami memanggil diri kami sebagai ‘pekerja k-ekonomi’ atau ‘k-ekonomi penyumbang aktif’. Mereka yang bergelar ibu pula kini dikenali sebagai ‘k-mother’ atau ‘k-ibu’, ‘k-mama’ (Cina) dan ‘k-ammah’ (Tamil/Hindi). Apabila menoleh tujuh tahun lalu, kita tidak mungkin mencapai semua ini tanpa sokongan wanita Malaysia yang berminat dengan alternatif bekerja dari rumah. Sesetengah wanita mula bekerja dari rumah melalui galakan kami dan menjadi contoh kepada mereka yang ingin bekerja dari rumah,” katanya.

Katanya, peraduan ibu telekerja bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai fungsi penting telekerja dalam ekonomi negara. Dengan lebih 50 peratus wanita tidak bekerja kerana halangan keluarga, telekerja adalah pilihan popular untuk mereka.

“Sokongan daripada pihak kerajaan amat penting bagi membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pilihan untuk bekerja dari rumah terutama pada saat masyarakat berdepan dengan masalah pembantu rumah. Kita semua sedar bahawa kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah untuk membesarkan anak,” katanya.

Bagaimanapun, bekerja dari rumah sebenarnya tidaklah begitu mudah dilakukan oleh ibu. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ehomemakers terhadap 67 lelaki dan wanita mendapati berbanding ayah, ibu yang bekerja dari rumah lebih sukar menyiapkan kerja tanpa gangguan daripada anak. Ibu lebih banyak mengalami gangguan, tidak boleh bekerja pada hujung minggu dan bercuti pada cuti umum disebabkan oleh beban kerja tiga kali ganda lebih banyak di rumah seperti mencari pendapatan, menjaga anak dan menguruskan rumah tangga
.



E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2014. Semua hak terpelihara.