UCAPAN ALU-ALUAN
Y.B. DATO’ SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA
DAN MASYARAKAT
SEMPENA PELANCARAN HARI WANITA 2004
BERSAMA YAB PERDANA MENTERI
DI HOTEL MANDARIN ORIENTAL, KUALA LUMPUR
PADA 25 OGOS 2004
Yang Amat Berhormat Dato` Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia; Yang Berhormat Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri;
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur alhamdulillah kerana dengan izinNya dapat kita bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan YABhg. Datin Seri Endon sempena Sambutan Hari Wanita untuk tahun 2004. Bagi pihak semua saya ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana walaupun baru pulang dari luar negara, Dato’ Seri sanggup adjust tarikh dari semalam kepada hari ini supaya dapat bersama-sama kita semua bagi meraikan 12.4 juta wanita Malaysia sempena Sambutan Hari Wanita pada 25 Ogos 2004. Terima kasih daun keladi Dato’ Seri.
Kepada YABhg. Datin Seri Endon bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, saya ingin menyampaikan kesyukuran kami semua kerana Datin Seri berada dalam keadaan alhamdulillah dan dapat bersama-sama kami semua pada petang ini. You have become a role model for many women and men Datin Seri. Your resilience and strength is admirable. You are a source of inspiration not only to the Honourable Prime Minister but to the nation as well. Thank you Datin Seri.
YAB Dato’ Seri, sempena Sambutan Hari Wanita, Kementerian, sejak tahun lalu, telah merangka dua bentuk program:-
We asked women last year how they measured success. Money did not feature highly on their list, but financial security did. In other words, women want to be assured of having enough for themselves and their families. This Summit aims to help women participants achieve this dream.
Yesterday women leaders took to the podium to explain how it is possible to break the current mould, and the proverbial glass ceiling. Successful women from Malaysia and many other countries discussed ways on how women can help empower each other. Because we believe, Dato’ Seri, that women especialy women leaders in various fields must be other women’s best friends and mentors before we demand more from the men. We also discussed on how these succesfull women have coped with the multiple expectations of them as women; and how it is possible to play the corporate game smartly, so as to get the desired results.
Dato’ Seri yesterday we introduced interactive Learning Labs for the Summit sponsored by Shell Companies in Malaysia, Citigroup Malaysia and BP Malaysia. The private sector participation was important because it ensured that women issues were brought into some of the biggest companies in Malaysia. The three Labs concentrated on three issues:-
The Art of Negotiation
Mentoring High Potential Women Leaders
Power Communication – to introduce the idea that, behind every succesful person or even organisation, is powerful and strategic communication.
YAB Dato’ Seri bahagian kedua sempena Sambutan Hari Wanita dilaksanakan di peringkat akar umbi iaitu di 219 Kawasan Parlimen dalam masa sebulan dari hari ini. Sepatutnya sambutan ini dilancarkan di Terengganu pada 26 Ogos 2004 esok di mana lebih kurang 10,000 orang wanita dianggarkan hadir tetapi oleh kerana Pilihanraya Kecil Kuala Berang maka tarikhnya ditunda kepada 11 September 2004.
Dato’ Seri pada hari ini kita mempunyai kira-kira 7.4 juta wanita yang berada dalam kategori umur bekerja. Daripada jumlah itu, kira-kira 3.45 juta orang wanita atau 46.7% bekerja dan selebihnya berada di luar pasaran pekerjaan iaitu kira-kira 3.95 juta. Daripada 3.95 juta, kira-kira 2.86 juta atau 72.4% adalah suri rumah tangga. Wanita merupakan 16% atau kira-kira 887 ribu ketua isi rumah daripada 5.7 juta ketua isi rumah di negara ini.
Saya bersyukur atas kemajuan wanita dalam bidang korporat dan keusahawanan di Malaysika. Wanita telah berjaya menembusi berbagai-bagai rintangan sehingga ada yang telah menjawat jawatan-jawatan tinggi sama ada di sektor awam mahupun swasta. Cabaran seterusnya ialah untuk wanita mengisi jawatan-jawatan yang belum pernah diterokai seperti Naib Canselor di universiti-universiti tempatan serta pihak pengurusan tertinggi dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau government link companies.
Namun begitu penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dan korporat masih jauh rendah umpamanya jumlah wanita yang memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Government Link Companies (GLC) ialah 14% atau 86 orang daripada jumlah keseluruhan 613 orang. Sementara itu, kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian ini untuk 50 syarikat di senarai Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tahun 2004 menunjukkan bahawa kira-kira 11.7% jawatan utama seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden dan Naib Presiden di sandang oleh wanita dan hanya kira-kira 10.5% Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut dipegang oleh wanita.
Nampaknya kerajaan Barisan Nasional masih menjadi champion untuk pembangunan wanita. Say what you will, the government is still the champion for women!
Saya hendak menggesa private sektor bosses supaya memberi peluang kepada lebih ramai wanita dalam syarikat-syarikat mereka untuk menembusi the glass ceiling. The goverment believes in gender equity and is taking steps to ensure this happens. I hope the private sector will emulate the government’s leadership, other wise the private sector will lag far behind. It will be a shame if this happens.
Banyak telah dicapai oleh wanita di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun kita masih menghadapi pelbagai isu yang membimbangkan seperti Violence Against Women and Children as well as single parents who are poor, we still have a lot to be thankful for. Bagi pihak Kementerian, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Seri dan ahli-ahli Kabinet yang lain kerana semua isu yang dibawa oleh Kementerian ke Kabinet sama ada untuk kelulusan atau perhatian, diberi sokongan yang membanggakan.
Kepada Menteri-menteri yang lain, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka telah mengambil inisiatif sendiri di dalam Kementerian masing-masing untuk menentukan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat diberi perhatian yang sewajarnya. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri selaku Perdana Menteri yang kelima, saya yakin bahawa Dato’ Seri akan membawa wanita Malaysia ke satu lagi tahap yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Insyaallah.
Sekali lagi saya bagi pihak semua mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran Dato’ Seri berdua. Dengan kehadiran Dato’ Seri dan para hadirin maka berkatlah perjuangan wanita Malaysia.
Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahibarakatuh.








