UCAPAN PERASMIAN
YB DATO` SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL,
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
SEMPENA SIDANG KEMUNCAK WANITA 2004
DI MANDARIN ORIENTAL, KUALA LUMPUR
PADA 24 OGOS 2004
Yang Berhormat Dato’ Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, Menteri Penerangan dan isteri, Yang Berhormat Tan Sri Mohd. Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan dan isteri, Yang Berhormat Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri, Yang Berhormat Dato` G. Palanivel, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Menteri, Yang Berhormat Cik Chew Mei Fun, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berbahagia Datuk Faizah Mohd. Tahir, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dif-dif jemputan, para peserta Sidang Kemuncak Wanita 2004, Puan-puan dan Tuan-tuan.
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, saya ingin mengalu-alukan kehadiran puan-puan dan tuan-tuan sekelian ke Sidang Kemuncak Wanita 2004 pada pagi ini. Iaitu kali ke dua Kementerian menganjurkannya sempena Sambutan Hari Wanita 2004.
YAB Perdana Menteri yang sepatutnya hadir untuk merasmikan program pada pagi ini, tidak dapat hadir kerana masih berada di luar negara. Namun begitu saya ingin memaklumkan bahawa Insyaallah pada besok hari 25 Ogos 2004, jam 4.00 petang, beliau dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Endon akan dapat hadir, maka Kementerian telahpun membuat persiapan supaya Sidang Kemuncak ini disambung pada jam 3.00 petang esok di mana resolusi-resolusi hari ini akan di bentangkan kepada YAB Perdana Menteri sendiri. Saya ingin menjemput puan-puan dan tuan-tuan untuk menghadiri the Special Session with the Prime Minister tomorrow dan untuk mereka yang akan hadir sila beri nama kepada pihak Sekretariat selepas ini untuk memudahkan persiapan majlis pada esok hari.
Puan-puan dan Tuan-tuan,
Semenjak itu, wanita di seluruh dunia mulai mendapat perhatian yang sewajarnya dan antara resolusi yang telah diambil ialah menentukan persamaan hak di antara wanita dan kaum lelaki, menghormati hak asasi manusia dan memupuk kemajuan sosial serta meningkatkan cara hidup yang lebih berkualiti. Secara langsung PBB telah menekankan pentingnya melibatkan kaum wanita dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara. Negara-negara anggota telah digesa merancang keperluan kaum wanita, memastikan mekanisme pelaksanaan sistem perundangan adalah licin serta teratur dan menentukan supaya pembiayaan program-program untuk kaum wanita adalah mencukupi.
Di Malaysia, usaha-usaha sedang dan akan terus diambil untuk membangunkan kapasiti wanita. Pihak Kerajaan menyediakan persekitaran yang sesuai dan mekanisme sokongan, termasuk pelaksanaan program kepekaan terhadap gender, untuk membolehkan wanita menggunakan sepenuhnya potensi mereka dalam bidang pembangunan sosial dan ekonomi. Peranan, kedudukan dan taraf wanita perlu dipertingkatkan bagi memastikan penyertaan mereka sebagai rakan kongsi dalam pembangunan negara. Ini akan memastikan golongan wanita bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi untuk menghadapi cabaran globalisasi serta memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Untuk makluman para hadirin, hari ini Malaysia mempunyai kira-kira 7.4 juta wanita yang berada dalam kategori umur bekerja. Daripada jumlah itu, kira-kira 3.45 juta orang wanita atau 46.7% bekerja dan selebihnya berada di luar pasaran pekerjaan iaitu kira-kira 3.95 juta. Daripada 3.95 juta, kira-kira 2.86 juta atau 72.4% adalah suri rumah tangga. Wanita merupakan 16% atau kira-kira 887 ribu ketua isi rumah daripada 5.7 juta ketua isi rumah di negara ini.
Kementerian ini telah menjalankan kajian penggunaan masa atau ‘time use survey’ ke atas penduduk yang berumur 15 hingga 64 tahun, bertujuan untuk menilai kerja tanpa bayaran atau ‘unpaid care work’. Kajian ini merupakan kajian komprehensif yang pertama kali pernah dijalankan di negara ini.
Daripada kajian tersebut, didapati nilai kerja-kerja tanpa bayaran di negara ini ialah kira-kira 25.5% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2003, iaitu lebih kurang RM100 bilion. Lebih daripada 76% kerja-kerja tanpa bayaran dilakukan oleh kaum wanita di mana secara purata wanita menggunakan masa empat jam 42 minit sehari sementara lelaki menggunakan masa satu jam 36 minit untuk melakukan kerja-kerja tanpa bayaran.
Namun begitu penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dan korporat masih jauh rendah umpamanya jumlah wanita yang memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Government Link Companies (GLC) ialah 14% atau 86 orang daripada jumlah keseluruhan 613 orang. Sementara itu, kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian ini untuk 50 syarikat di senarai Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tahun 2004 menunjukkan bahawa kira-kira 11.7% jawatan utama seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden dan Naib Presiden di sandang oleh wanita dan hanya kira-kira 10.5% Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut di pegang oleh wanita.
Ladies and gentlemen,
Gender equality is an issue of development effectiveness, not just a matter of political correctness or kindness to women. New evidence demonstrates that when women and men are relatively equal, economies tend to grow faster, the poor move more quickly out of poverty, and the well-being of men, women and children is enhanced. Therefore, one of the most effective ways of improving the status and well-being of women is by ensuring their full, equal and effective participation in decision-making at all levels of political, economic and social life. This approach promotes and protects women's human rights while allowing society to benefit from the diverse experiences, talents and capabilities of all its members.
The principle that women and men should be equal participants in power and decision-making has been recognised in the Charter of the United Nations, the Universal Declaration of Human Rights and the UN Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women. At the 1995 Fourth World Conference on Women and the subsequent five-year review of the Beijing Declaration and Platform for Action, delegates recognised the clear links between an enhanced decision-making role for women and long-term, sustainable social and economic development. Efforts at the UN Security Council to increase the participation of women in peace processes are another prominent example of the increasing international attention devoted to this issue.
Ladies and gentlemen,
I am also pleased to announce that Malaysia will be hosting a Non-Aligned Movement (NAM) Ministerial Meeting on Women in Putrajaya, early next year. This meeting will bring together ministers whose responsibilities cut across women’s issues so that they can move closer to chart new grounds within the NAM forum.
The NAM Ministerial Meeting on Women allows critical sharing of experiences and progress, and the setting of new targets, strategies, partnerships and actions. This is to ensure that all NAM decision-making levels take into account the concerns and perspectives of women. Furthermore, the meeting will also confirm that gender equality is recognised as one of the fundamental values of modern NAM and the global agenda. Currently, the Government is actively preparing for the meeting to ensure that it is hosted successfully and it achieves its objectives.
The role of women has evolved drastically since their hesitant advent into the corporate world. Women have now integrated themselves into every field of activity and every kind of industry smoothly and skillfully. Whether travelling twenty days of the month or accepting transfers, they are as performance-oriented, sincere., competent and persevering as their male counterparts, if not more.
In the efforts to maintain a healthy work-life balance, women feel they need to rewrite the rules of the leadership game. Women, unlike men, cannot ignore their family life to concentrate solely on their work. Even if she an MD or CEO, a woman will still be the primary caretaker of her husband, children, sometimes her elderly parents, and home. The running of her household still falls on her lap and it would be impossible for her to push all thoughts of her family aside while at work. This happens not just because women are expected to take charge of their homes, but also because women have strong nurturing instincts and naturally care about those close to them – not just their families, but also friends and even colleagues.
Many corporations tend to be very male-oriented and rigid in their structure and culture. There is no place in such organizations for women with young children, for example, who will feel extreme pressure in fulfilling her duties as a mother, as well as coping with the inflexible rules and regulations at work. Such a situation leads to much unnecessary stress, which in turn leads to unhappiness at work and the desire to leave the corporate workforce.
I want to say something which might be considered blasphemous by some. Ladies, if you can conquer the hearts of men, bear children, look after your parents, cook the best curry or chopsoy, look good and keep up with the latest fashion, attend the PIBG and every other associations meeting imaginable plus have your own rather fat wallet, tete-a-tete with your friends and the list goes on, why can’t we change the work place structure and practice, which currently favour men? Men by and large can devote all their time, resources and energies to work because their wives or mothers can take primary responsibility for home and family. We must not be afraid to champion and obtain recognition that women’s contribution is also critical to the success of any company or firm and therefore we must all help create a workplace culture where both men and women can work together and achieve success, and not at the expense of the family.
Para hadirin sekalian,
For those of you who were with us at last year’s Summit, you must know it was not in vain. Just as for all of you who are here today, it is not a waste of time. If you have been following the progress of the Ministry, we have, slowly but surely, taken up the issues brought up at last years’s Summit with the relevant Ministries and agencies. In fact you will find in your conference beg the follow up action to the resolutions and the proceedings of last year’s Summit.
Suka saya mengibas kembali sedikit sebanyak tindakan dan komitmen Kerajaan ke atas resolusi-resolusi Sidang Kemuncak tahun lepas. Antaranya seperti mempromosikan konsep kerja home office, meningkatkan latihan kemahiran ICT dan keusahawanan, menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita, menggalakkan k-ekonomi dan menggalakkan konsep mentor-mentee. Perincian mengenai resolusi-resolusi dan komitmen Kerajaan adalah seperti terkandung dalam buku yang diedarkan kepada puan-puan dan tuan-tuan pada pagi ini.
Kerajaan juga telah bersetuju supaya analisis bajet gender dilaksanakan secara projek perintis di lima buah kementerian iaitu Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, dan Kementerian saya bertindak sebagai badan penyelaras pelaksanaan projek perintis ini.
Analisis bajet gender bertujuan untuk mengkaji implikasi bajet kerajaan ke atas wanita dan lelaki. Ia akan membawa kesedaran mengenai perspektif gender ke dalam dasar dan bajet kesemua kementerian dan agensi dengan mengambil kira perbezaan kedudukan, peranan, sumbangan serta keperluan antara lelaki dan wanita. Ini adalah kerana tanpa sumber kewangan, tiada dasar, program atau projek boleh dijayakan. Objektif bajet gender adalah untuk memenuhi keperluan yang berbeza antara gender secara saksama setakat yang mungkin, supaya semua golongan dapat mencapai potensi masing-masing.
Analisis bajet gender ialah satu kaedah yang dapat membantu Kerajaan mencapai kesaksamaan gender. Bajet gender juga selaras dengan Rancangan Malaysia Kelapan yang memperuntukkan strategi serta program tertentu bagi memperkukuhkan kedudukan dan peranan wanita dalam pembangunan negara. Pada masa yang sama, dengan sistem bajet yang matang dan berkesan, negara kita boleh melaksanakan kaedah ini dengan jayanya. Dengan pelaksanaan analisis bajet gender, kementerian dan jabatan kerajaan akan dapat mengambil kira perspektif gender dalam perancangan dan penggubalan dasar dengan cara sistematik.
Saya yakin dengan pelaksanaan bajet gender semua program dan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan, ia akan memberi manfaat kepada semua pihak lelaki mahupun wanita. Ini adalah penting bagi mencapai kesaksamaan gender dan seterusnya mencapai pembangunan ekonomi dan sosial yang seimbang di negara kita.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut membangunkan pangkalan data berasaskan gender yang dinamakan Gender Disaggregated Information System (GDIS). Sistem maklumat ini mengumpul sebanyak mungkin data dan maklumat mengikut pecahan jantina bagi tujuan penganalisaan dan penggubalan dasar, strategi dan program untuk pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Sistem ini telah mula beroperasi mulai bulan Mei tahun lepas secara perintis. Sekiranya tiada aral melintang, Kementerian merancang untuk berkongsi maklumat yang terkandung dalam GDIS dengan agensi-agensi kerajaan dan seterusnya membuka untuk kegunaan awam. Insyallah. Dengan demikian diharapkan kesedaran tentang kepekaan gender dapat diserapkan kepada seluruh lapisan masyarakat.
Kementerian juga sedang dalam usaha mengkaji semula Dasar Wanita Negara (1989) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang telah digubal pada tahun 1996. Ia bertujuan menterjemahkan segala dasar terbaru dan penyertaan iltizam Kerajaan untuk dilaksanakan oleh kesemua pihak yang terbabit, iaitu Kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor swasta. Kajian semula ini akan meliputi aspek perkembangan terkini, termasuk perubahan teknologi dan globalisasi yang telah merubah gaya hidup khususnya golongan muda di negara ini. Saya yakin kajian semula ini akan dapat disiapkan pada tahun 2005.
Puan-puan dan tuan-tuan yang saya hormati,
Kejayaan wanita di negara ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan dan peranan sektor awam dan swasta. Pengenalan dasar-dasar negara seperti Dasar Pensyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan Dasar Pembangunan Nasional telah mengurangkan jurang antara sektor awam dan swasta di negara ini. Pihak sektor awam dan swasta pada masa kini, telah menunjukkan perkembangan yang positif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kewajipan sosial.
Kerjasama pintar antara kedua-dua sektor utama ini perlu sentiasa dikekalkan bagi menjamin perjuangan kesaksamaan gender dapat dijayakan dan dilaksanakan pada tahap yang paling maksimum. Saya sentiasa berharap pihak swasta akan terus berperanan dan memberikan sumbangan aktif bagi menjayakan agenda pembangunan sosial negara serta memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada wanita di Malaysia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus menjadi paksi utama kepada isu kesaksamaan gender di negara ini. Kita akan sentiasa memperjuangkan isu ini sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Komitmen Kementerian di peringkat antarabangsa terbukti apabila Mesyuarat Ketujuh Menteri Hal Ehwal Wanita Komanwel pada 30 Mei hingga 2 Jun 2004 di Kepulauan Fiji telah bersetuju dan menerima Pelan Tindakan Komanwel untuk mencapai kesaksamaan gender bagi tahun 2005 – 2015 yang memfokuskan kepada empat bidang kritikal iaitu “Gender, demokrasi, keamanan dan konflik”; “Gender, hak asasi dan undang-undang”; “Gender, pembasmian kemiskinan”; serta “Gender dan HIV/AIDS”. Dengan menekankan kepada empat bidang utama tersebut, Kementerian saya akan mengerakkan jentera nasional bagi melakukan beberapa penambahbaikan ke atas segala peraturan, dasar malahan undang-undang yang berkaitan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat bersidang kepada semua peserta Sidang Kemuncak Wanita 2004. Harapan saya ialah supaya semua peserta dapat manfaat sepenuhnya. Dengan kata-kata itu, saya dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim merasmikan Sidang Kemuncak Wanita 2004.
Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahibarakatuh.








