.:: eHomemakers.net :: View topic - BIG TIME CON GAME!
BIG TIME CON GAME!

 
Post new topic   Reply to topic    Forum Index -> Work At Home Scams
View previous topic :: View next topic  
Author Message
concerned



Joined: 18 Mar 2003
Posts: 50

PostPosted: Tue Mar 17, 2009 10:05 am    Post subject: BIG TIME CON GAME! Reply with quote

MALAYSIAN EQUIVALENT OF THE NIGERIAN SCAM - BEWARE - JANGAN KENA TIPU.


Cadangan Perniagaan Sulit

Salam Sejahtera

Apa khabar? Diharap tuan sihat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Aisha dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut
menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan,
saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan
penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak
menyalahertikan maksud kedatangan surat ini lalu menyebarkan kepada
umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE (Grade C) dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui
pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat
kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam,
kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat
Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak
syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk
pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.

Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini
tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh
itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor talipon pembekal di Malaysia darinya. Disini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan
berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor
telefon ejen dari Malaysia tersebut. Saya kalau boleh tidak mahu ejen
dari Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka
mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai ejen syarikat di Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.

Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan
lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email
terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Forum Index -> Work At Home Scams All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


                           How to use emoticons  Feedback To Administrator                                                           Powered by phpBB © 2006 phpBB Group